`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 8, 2012

Dakyah Penghulu Parti Syaitan( bah 2)



Diserata tempat, orang Melayu ditakutkan dengan gambaran bahawa DAP akan menguasai pemimpin Melayu. Pemimpin Melayu hanya jadi boneka. Lihat apa yang berlaku pada Nizar, kata sahabat saya. Nizar MB Perak dijadikan contoh bagaimana seorang pemimpin Melayu dibonekakan oleh DAP.

Oleh yang demikian, mari kita lihat apa yang telah terjadi semasa Nizar menjadi MB Perak.

Nizar menjadi MB perak selama 11 bulan. Dia telah dibuang dari jawatan melalui suatu rampasan kuasa yang melibatkan pihak istana Perak. Cara rampasan kuasa dilakukan telah menaikkan kemarahan rakyat. Saya khuatir, institusi istana mengundang malang kepada diri mereka sendiri.

Dalam krisis perlembagaan tahiun 1993 yang bertembung dengan pihak istana ialah UMNO. Kali ini, pihak istana bertembung dengan gelombang rakyat. Gelombang rakyat lebih besar dari UMNO. UMNO bermain politik. Kepada nya, menakutkan dan membuli istana hanya permainan. Rakyat, sebaliknya tidak berpolitik. Apabila mereka mahu berubah, sukar untuk dibendung oleh sesiapa.

Dalam keadaan terdesak, UMNO menggunakan institusi istana untuk mengekalkan kuasa. Penggunaan tersebut membuktikan bahawa UMNO pada asas nya, sebuah parti feudal yang menghamba-abdikan rakyat. Itu kesemulajadian UMNO.

Pihak istana meletakkan diri mereka dalam keadaan yang bahaya dan ianya adalah buatan mereka sendiri. Dengan meglibatkan diri dengan UMNO, maka raja2 Melayu lah yang compromise kedudukan mereka. Bolehkah UMNO gerenti dapat membendung amarah rakyat? Akhirnya, rakyat akan tahu bahawa yang menyebabkan institusi istana dibenci rakyat ialah UMNO.

Nampaknya penglibatan lansung pihak istana dalam politik semakin menjadi jadi. Istana Selangor tersinggung kerana kerajaan negeri menjemput Anwar Ibrahim ke majlis sambutan merdeka. Istana Johor berkelahi secara terbuka dengan Nizar kerana Nizar memberi pandangan nya kepada perbelanjaan yang membazir. Setelah identity pembida nombor plet kereta WWW 1 diketahui, ianya tidak mengensel kesahihan kritikan Nizar terhadap `idea’ pembaziran. Pihak istana pergi kesana sini seolah olah berkempen untuk parti UMNO.

Mereka tidak sedar mereka dikudakan oleh UMNO. Kenapa pihak istana mahu melibatkan diri mereka dalam gelanggang politik? Adakah keudukan istimewa mereka diganggu gugat? Mereka terancam? Saya menyerulah pihak Istana, jadilah raja payung kepada semua rakyat. Jangan jadi raja kepada orang UMNO sahaja. Orang UMNO lah yang telah menjijikkan dan menghina pihak Istana. Siapakah yang mendedahkan perilaku raja2 Melayu? UMNO. Siapakah yang mendedahkan perilaku beberapa raja2 Melayu yang kaki mabuk dan penzina tahap tegar? UMNO.

Tapi lebih dari itu, penglibatan pihak istana dalam gelangang politik secara lansung , mencetuskan precedent yang tidak baik kerana ia membuka pintu penahan kebanjiran. Dan air yang masuk kelak menjadi gelombang yang menakutkan.

Prinsip pertama yang kita mesti terima ialah kedaulatan rakyat mengatasi kedaulatan istana. Saya mohon teguran ini diterima dengan berlapang dada. Pihak istana mesti sedar bahawa hendak mengajar rakyat membenci istana tidak memerlukan hasutan. Rakyat jelek dan benci melihat laku perangai warga pihak istana. Si pemabuk dan si kaki betina memalukan bangsa Melayu kerana pihak istana adalah ketua agama Islam. Bagaimana orang akan menghormati agama Islam jika ketua agama nya, berlaku perangai yang buruk?

Rakyat tidak mempunyai agenda untuk menghapuskan institusi istana. Namun demikian, pemuliaan dan sanjungan rakyat kepada istana ,wajib dibalasi dengan penghormatan kepada kedaulatan kehendak rakyat. Dan kehendak rakyat Perak sebagai contoh ialah berkehedakkan suatu kerajaan yang dipilih secara sahih. Kerajaan yang dipilih secara sahih bersandarkan kepada kedaulatan kehendak rakyat mesti dihormati dan tidak boleh dibuang melalui cara undang2 tipu helah.

Dosa Nizar yang paling besar mengikut puak UMNO ialah memberi tanah kepada rakyat Petak, terutama orang Cina. Orang cina ini bukan rakyat Malaysia? Orang UMNO asyik gadai dan beri tanah kepada orang cina dan tauke cina bagaimana? Belasan ribu ekar tanah di bukit Tinggi Pahang di berikan kepada Vincent Tan bagaimana? Ratusan ribu ekar tanah balak yang terjual kepada tauke cina di Pahang bagaimana? Dan di negeri2 lain pula? Ribuan ekar tanah reseb Melayu yang tukar status nya dan di beri kepada kroni Cina di Negeri Sembilan ketika Isa Samad jadi MB bagaimna?

Semasa Nizar jadi MB Perak, dia telah meluluskan tapak2 rumah untuk kampong tersusun dan kapung baru. Kampong tersusun didiami oleh majority nya oleh orang melayu. NIzar telah meluluskan lot kediaman untuk 314 kampong tersusun dan untuk 134 kampung baru. Kampong tersusun didiami oleh orang Melayu manakala kampng baru oleh cina.

Dari segi nombor sahaja, kelulusan kepada orang Melayu mengatasi kelulusan kepada orang Cina.

Bukti untuk mengadili Nizar ialah melihat berapa banyak tanah diberi kepada orang Melayu dan berapa pula diberi kepada orang cina?  

Sebagai bekas ADUN saya hairan apa yang sukar sangat meluluskan permohonan tapak rumah. Semasa Pilihanraya Kecil, hak milik permohonan tanah boleh diselesaikan dalam masa seminggu!

Berapakah jumlah lot yang diluluskan untuk orang Melayu? Nizar telah meluslukan 102,000 lot berjumlah 7500 ekar. 95% dari penghuni di kapung2 tersusun ini menanti lebih dari 30% untuk mendapatkan tapak rumah. Dan mereka hanya meminta tapak seluas 3200 kakipesegi sahaja. Ertinya, luas rumah penduduk kampong tersusun ini lebih kecil daripada saiz bilik tidur orang2 kaya UMNO dan golongan bangsawan.

Banyak mana pula yang Nizar luluskan kepada orang Cina yang dihebohkan oleh puak UMNO? Nizar telah luluskan 47,000 lot dimana setiap lot bersaiz 1125kps.(25’ x 45’). Itu saiz sebuah garaj kereta dan keluasan tanah keseluruhan nya ialah 1250 ekar.

kategori
Jumlah lot
Saiz lot
KPS
Keluasan
 tanah(ekar)
Untuk bangsa:-
Kg tersusun
102,000
3200
7500
Melayu
Kg baru
47,000
1125
1250
Cina
jumlah
149,000

8750







68% dari jumlah lot yang diberi adalah untuk orang Melayu. Orang Melayu dapat 102 ribu lot dan orang Cina dapat 47 ribu lot. Dari segi keluasan tanah pula, dari 8750 ekar yang terlibat, 86% adalah untuk orang Melayu. Jadi cuba orang Melayu jawab dan puak UMNO jawab, semasa Nizar jadi MB , golongan mana yang mendapat faedah yang lebih besar?

Lot untuk orang Melayu pun lebih besar(3200kps) berbanding dengan lot cina di kampong baru( 1125 kps) 

Lihat pula bagaimana layanan Nizar terhadap pihak istana sendiri. Semasa Ramli Ngah Talib jadi MB Perak, kerajaan UMNO membuat perjanjian mulut untuk memberi tanah seluas 600 ekar terletak Tanjong Tualang. Janji mulut UMNO tidak ditepati kerana janji tersebut tidak dilaksana dan pindah hakmilik tidak disempurnakan.

Bila Nazar jadi MB, kerajaan nya telah menyempurnakan apa yang gagal dilaksanakan oleh UMNO. Parti yang membela bangsa, agama dan tanah air, pembela bangsa, agama dan istana menipu raja Melayu. Tanah seluas 600 ekar itu dipindah milikkan kepada penama dan wakil pihak istana yang bernama Pak Tok Khair.  Wakil pihak istana membayar premium, dan melengkapkan transaksi tanah tersebut dan hakmilik disempurnakan untuk kepentingan istana.

Parti pembela istana gagal melakukan nya, Nizar yang dikatakan anti raja menjayakan nya.

Bagimana layanan Nizar kepada golongan agama pula? Maklm sahajalah, boneka DAP yang kafir harbi dan anti Islam tentu akan menentang pemberian tanah kepada gerakan Islam.

Seorang tok guru agama yang mentadbir sebuah sekolah pondok, Tok Guru Pak Teh telah memohon sebidang tanah untuk padang ragut semenjak tahun 2004. Permohonan itu ditolak oleh kerajaan UMNO walaupun rayuan dibuat. Luas tanah yang dimohon hanya 45 ekar. Sekali lagi apa yang UMNO gagal buat, Nizar yang buat. Kawasan padang ragut tersebut diluluskan untuk Pondok Tok Guru Pak The dan kawasan tesrebut diwartakan. Apabila diwartakan, dibelakang hari syarat untuk mengubah maksud dan tujuan tanah digunakan tidak boleh diubah.

Bandingkan apa pula pemimpin parti syaitan telah lakukan.

1.     22,000 ekar tanah milik PKNPk di  Lekir Manjong yang ditanam dengan sawit di pajak kepada syarikat KL Kepong atau KLK. Pemilik KLK ialah  which Tan Sri Lee Oi Lean seorang yang bebangs Cina. 
 
2.     500 hektar atau lebih 1000 ekar tanah Reseb Melayu do Padang Rengas (Nazri Tan Sri Aziz’s seat) bresekali dnegan kilang pembuat simen yang di JV oleh KNPk dan syarikat Hanjoong dari  Korea dijual kepada YTL. Hari ini, kerajaan Perak yang dipimpin oleh Zamry Kadir sedang rancak mengambil lebih banyak tanah reseb Melayu untuk faedah kilang simen ini. YTL itu bangsa Melayu baru?  

3.     Kerajaan UMNO telah memberi 1300 ekar tanah kepada Ah Ling Liong Sik di Kampar untuk membina Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman( UTAR). 
 
4.     Sementara Nizar memberi tanah seluas 3200kps dan 1125kps , kerajaan UMNO memberi tanah seluas 15-30 ekar seorang kepada peladang2 cina di kawasan2 antara Bikar dan Bidor dan Teluk Intan.

Mari kita lihat apa pula karenah Zamry Kadir. Dalam masa 2 bulan menjadi MB Perak, Zamry menjual hotel milik PKNPk, Hotel Casuarina kepadamenantu Sultan Perak, Tengku Farouk. Harga jualan ialah RM48 juta walhall nilai tanah yang berlokasi stratejik tersebut ialah RM94 juta.

Siapa yang mengkhianati bangsa Melayu, agama dan tanah air?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.