`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 14, 2012

Pantang Melayu Durhaka tidak bersebab



Sedikit pengkisahan keturunan.

Ada seorang insan di Jerantut yang selalu membangga banggakan keturunan. Aspan alias diibaratkan sebagai keturunan pencari kayu api. Ariff Sabri keturunan pengangkat atau penimba air. Perumpamaan seperti ini tidak menjadi hal kecuali kepada mereka yang taksub dan bangga kepada darah keturunan.

Saya amat tidak suka mengungkit mengenai asal keturunan. Tapi elok saya nyatakan disini asal usul keluarga saya sendiri yang berkait dengan Jerantut. Kita kena jaga supaya mulut jangan celupar.

Tok Sharom ayah kepada Tok Gajah, Hajjah Maimunah, Ranting Emas, Khatib Rasu, Khatib Amin dan Khatib Arif, datang ke Tanah Melayu, turun di negeri Perak asalnya. Tok Shahrom berasal dari Sumatera adalah keluarga bangsawan dan pahlawan. Untuk mengelak dari berperang sesama sendiri masuk ke Tanah Melayu, turun pertama nya di Bidor Perak. Keturunan Tok Shahrom masih lagi ada di Bidor. Tok Shahrom datang dengan para pengikut nya termasuklah panglima2 dan orang alim ugama. Kemudian masuk ke negeri Pahang akhirnya bermastautin di PUlau Tawar. Tok Shahrom berkahwin dengn seorang wanita bernama Siti Hajar dan mendapat 5 orang anak yang saya sebut tadi. Ranting Emas, Hajjah Maimunah, Khatib Rasu, Khatib Amin dan Khatib Arif. Semua mereka ini terkenal kerana ilmu kepahlawanan dan kebatinan istimewa Khatib Rasu( Tok Gajah). Khatib Amin berkahwin dengan seorang wanita yang saya lupa nama nya dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Hajjah Aminah. Hajjah Aminah berkahwin dengan Hj Abdullah Serban Hijau seorang paglima dan alim dari Negeri Kelantan. Mereka mendapat seorang anak lelaki Hj Mohamad bin Haji Abdullah dan seorang anak perempuan bernama Jamilah. Haji MOhamad ini adalah tok saya sebelah emak. Jamilah adalah ibu kepada arwah Dato Shamsiah Hj Hamid, bekas wakil rakyat Pekan yang berkahwin dengan Tengku Husin adinda kepada Sultan Abu Bakar. Arwah Dato Shamsiah adalah ibu kepada Tengku Asmawi Tengku Paduka Pahang.

Saya ariff sabri anak kepada Hajjah  fauziah anak kepada hj mohamad anak kepada hajjah aminah anak kepada khatib amin anak kepada Tok Shahrum. Ini susur galur keluarga saya sebelah emak. Khatib Amin adik beradik dengan khatib Rasu( Imam Perang Tok Gajah), khatib Arif, Hajjah Maimunah dan Ranting Emas.

Jadi nak beritau Wan yang asal nya boleh jadi Awang sahaja yang dikorapsi kan jadi wang, akhirnya Wan, bila disebut dengan lidah orang Pahang, saya ini bukanlah keturunan pengangkat air. Janganlah kita taksubkan sangat asal usul kita. Zaman ini, nilai seseorang bukan bergantung kepada kesemulajadian dan asal usul tapi bergantung kepada apa yang kita boleh buat. Dan apa yang kita boleh buat bergantung kepada keberanian, kemahiran dan minda cerdik. Dan kalau tidak silap saya, keturunan sesetangah Awang yang menjadi Wan ialah tukang angkat najis lembu di istana dan pencuci kandang lembu, kambing dan kerbau.

Jadi sekarang saya keturunan Tok Shahrom hendak bercakap.

Apabila saya mula2 menulis mengenai FGV, penyokong UMNO banyak yang membantai saya. Masaalah nya ialah: serangan yang puak UMNO lakukan seperti biasa, bersifat peribadi. Sementara saya tidak ada masaalah dengan pendekatan mereka , kerana semua orang ada tengkorak dalam almari masing2( hanya besar atau kecil), cuba kita tanya bagaimana cara demikian mengangkat kesedaran rakyat?

Saya mengemukakan soalan yang mudah:

1.     Jika benar peneroka dimuliakan, mengapa setiap peneroka hanya mendapat 810 unit saham? Mengapa mereka di peruntukkan hanya 2.5% dari jumlah saham. Kaki tangan felda pula mendapat 3.0% daripada saham yang dijual. Jadi semua 5.5%.

2.     Apa jadi kepada 51% ekwiti peneroka melalui KPF dalam Felda Holdings?

3.     Setelah 51% ekwiti tersebut diserapkan kedalam FGV, berapa KPF dapat?

4.     Apapasal hasil jualan 51% tersebut tidak dinyatakan?

Saya sebutkan tidak kira apa premium akhirnya diperolehi oleh FGV, peneroka hanya dapat sebahagian yang tersangat kecil. Tapi nama yang dipakai ialah Felda. Felda lah barisan hadapan transformasi ekonomi kita, kata PM kita.

Jadi kalau demikian nilai nya peneroka, dimana letaknya kemuliaan peneroka?

Secara peribadi saya mengira bahawa harga intrinsic saham FGV RM3 lebih sahaja. Bagaimana ia dijual pada harga RM4.55 sen hanya bank dan Ethos Consulting yang tahu. Najib idak mungkin lebih besar dan dapat mengalahkan pasaran. Nilai sebenar harga saham FGV akan ditentukan oleh pasaran.

Adakah kita ingat orang Felda faham pasaran saham? Ini sebuah kasino judi dimana harga saham sebetulnya dipermainkan oleh sindiket pemain pasaran saham. Matilah orang Felda yang lulus entah apa jadi mangsa pasaran saham. Siapa sebenarnya yang untung? Yang untung ialah perunding cara- Ethos Consulting yang diketuai oleh Omar Ong. Si Omar Ong dikatakan medapat fee RM20 juta untuk mencadangkan penyenaraian FGV ini. yang untung ialah pihak bank CIMB Investment Bank yang jadi penyelaras global. Yang untung ialah pemain2 pasaran yang boleh berpakat untuk jatuhkan atau naikkan harga saham. Mat Felda di kudakan sahaja. Yang untung ialah Mukhriz anak Mahathir. dia menteri tapi tidak faham mekaniks jual beli AP.

Ini sebab saya nyatakan dari mula secara konsisten, bahawa cara peneroka diperlakukan adalah unconscionable- tak berhati perut.

Tujuan kita berhujjah untuk apa? Bukankah kita mahu meyakinkan rakyat? Saya menulis dan berhujjah bukan untuk memenangi pertandingan debat. Tujuan saya ialah mempengaruhi pengundi. Oleh yang demikian, membantai saya dengan nama itu dan ini, tidak menjadi hal asalkan rakyat dapat faham mesej yang hendak sampaikan. Kepada orang Melayu, tujuan saya ialah menyedarkan mereka bahawa UMNO bukan lagi jurubicara mereka yang mutlak.

Jawapan apa yang mampu diberikan kepada penghujjahan saya? Jawapan yang appeal kepada emosi. Seperti begini: Orang Melayu setia dan tidak menderhaka. Orang Pahang mesti sokong 100% Dato Najib kerana dia anak Pahang. Apalah yang hendak kita taksub sangat kepada kebangsawanan dan fiudalisme?

Saya suka sebut disini, ketika nenek moyang saya bertombak dan berlembing dan melawan penjajah, nenek moyang Dato Najib duduk berseloka dan bergundek. Sumbangan pejuang bangsa Melayu seperti Khatib Rasu(aka Tok Gajah) tidak pernah diperakui secara formal. Malah saudara mara Tok Gajah dianggap sebagai penderhaka.

Kita bukan lagi hidup dalam zaman feudal dimana kita jadi hamba sahaya. Yang berdaulat hari ini ialah rakyat. Rakyat bangkit mahu membebaskan diri dari belengu penjara minda. Pilihlah pimimpin Melayu yang terbaik dari mana pun, UMNO, PAS, PKR dan DAP. Pilih parti mana yang mendepankan kepentingan negara yang terbaik. Yang melindungi kita bukan UMNO tapi undang undang yang mendaulatkan rakyat.

Orang Melayu mesti sedar, jalan selamat mereka ialah memilih wadah yang stratejik dan yang menguntungkan mereka. Mereka telah melihat bahawa UMNO sudah banyak merugikan orang Melayu. Sebelum tahun 1990 mislanya, ada kita dengar pemaju hartanah bukan bumi yang besar? Tidak ada. Yang besar ketika itu ialah UDA, Sime Property, syarikat milik kerajaan peringkat negeri. Mereka di kuasai oleh orang Melayu dan memajukan hartanah. Semenjak 1990, dasar kerajaan berubah. GLC dan pemaju hartanah bumi berJV denan usahawan Cina dan lama kelamaan apa yang terjadi, syarikat2 ini tidak mampu membayar kontraktor Cina dan membayar mereka dengan tanah. Inilah rahsia, macam mana tanah orang Melayu yang dipegang oleh kerajaan yang berjuang untuk bangsa Melayu melelong tanah2 milkik kerajaan. Dasar UMNO yang menyebabkan tergadainya bumi ini. hari ini orang Melayu tidak lagi mampu tinggal dalam bandar besar kerana harga rumah terlalu tinggi.

Pemimpin mereka banyak yang rasuah dan tidak mahir mengendalikan negeri dan negara. Dasar2 mereka menyebelahi orang kaya. Para penyokong mereka pula sudah banyak yang tidak berkualiti. Hanya orang yang tidak mampu berlawan dengan hujjah akan hilang pertimbangan dan menyerang pihak lawan. Marilah kita bertarung dengan memikirkan soal maruah, seruan atau duty dan negara. Semua kita mahukan yang terbaik untuk negara bukan parti kita.

Saya mengajak mereka- marilah kita mempersembahkan kepada rakyat dan pengundi hujjah2 kita dan apa yang kita boleh berikan kepada mereka. Janganlah kita lupa bahawa kita memasarkan kepada rakyat, produk dan perkhidmatan politik. Apa dia? Produk dan barangan politik termasuklah, pemimpin, pimpinan, dasar2 dan wawasan dan jenis penyokong apa yang kita tawarkan.

Dari segi pemimpin siapa yang UMNO dapat tawarkan? Kalau Dr Mahathir sendiri yang kata pemimpin UMNO semua nya haprak, mengapa orang Melayu mahu menyokong mereka? Punah negara kalau kita memilih pemimpin yang bermutu rendah.

Tidak perlulah menghurai mengapa kita berada dalam pihak yang kita pilih. Tentulah kita mempunyai keyakinan dan alasan tersendiri. Bagi pihak saya, saya percaya tentang sebab2 dibelakang pilihan saya. Apa pun orang hendak kata, walaupun saya ahli DAP, saya tetap Melayu dan beragama Islam.  Saya tidak fikir darah Tok Shahrom yang mengalir dalam tubuh saya boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.