`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 27, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 5) - in Malay



 PERJANJIAN DIANTARA SANG SAPURBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN…
“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’
Almarhum Ayahanda memakai seragam Askar Melayu DiRaja
Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’
Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’
Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu’
Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.
Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;
jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa.
Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya”
Almarhum ayahandaku bersama keluarga 1963….Aku disebelah kanan sekali.
Maka termaktubkah perjanjian dan sumpahan keturunan kami yang telah beratus tahun umur nya… Raja tak akan mngzalimi rakyat dan rakyat takkan menderhaka kepada Raja… Akan tetapi, cuba kaji kata2 Demang Lebar Daun (yg mewakili pihak Rakyat)…”Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah” Bermaksud, jika Raja itu zalim, negeri akan kucar kacir dimakan sumpahan dan berhak rakyat untuk mengambil tindakan sewajar untuk mengendalikan keadaan semula… seperti yang pernah dilakukan oleh Orang Kaya Bendahara Tun Perak, dia telah mengugut Sultan Mansur Shah untuk tidak meRajakan baginda, dan keluar meninggalakan Melaka… Mereka takkan derhaka, tapi takkan meRajakan Sultan yang ada… Tanpa Orang2 Besar nya… apakah makna menjadi Raja dikelilingi kaki ampu dan bodek…??? Rosak negeri, mudharatlah rakyat…!!!
Bukan hasrat aku mahukan tahta… itu yang paling jauh di lubuk hati, sebab aku tahu susahnya menanggung kewajipan dan tanggung-jawap selaku sorang Raja yang akan di tanya oleh Allah di Mahsyar kelak… Dosa sendiri pon dah aku tak tertanggung, inikan pula dosa sebuah negeri…??? Tak mahu… TAK MAHU…!!! Apa yang aku harapkan agar sesiapa yang memerintah benar2 adakan KASIH-SAYANG kepada hamba rakyat yang bernaung dibawah pemerintahan nya, selaku mana sorang sufiah al-Fudyal menasihati Amirul Mukminun Harun al-Rashid… “Jika kamu (Raja) tidak mahu dijadikan bahan bakar Jahannam, maka anggaplah rakyat kamu yang tua selaku ibu dan bapa kamu; yang sebaya selaku adik beradik kamu, dan dan muda dan yang kecil selaku anak2 kamu… Negeri kamu negeri Islam, dan yang memerintah itu Allah SWT, dan kamulah yang di perintah”…
Sememangnya akupun khuatir jika Raja Izzuddin yang menjadi bakal Raja, sebab kekanda itu tidak dilatih dan mempunyai ciri2 yang baik untuk menjadi ketua agama… Seharusnya, ketua agama perlu memberi teladan yang baik dan murni… Seorang khalifah itu mestilah baik budi pekerti nya… Aku berdoa kehadrat Illahi agar Allah memberi sebaik2 hidayah kepada sesiapa yang akan mereajui dan duduk di atas tahta negeri Perak darul Ridzuan… Aku inginkan rakyat makmur dibawah pemerintahan yang adil dan saksama di bawah naungan ketua agama yang zuhud… Itu jer… aku sendiri tak mahu menjadi Raja… tak mahukan tahta… takder susah buat per cari susah…??? Semoga sesiapa yang menjadi Sultan memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan sebaik2 Islam… Amin ya robbil a’lamin…
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.