`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 14, 2012

Thank You Malaysiacrisis - in Malay



Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Malaysiacrisis kerana mengambil,berat terhadap posting yang dibuat didalam blog ini. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh Malaysiacrisis, tetapi tujuan blog ini dibuat bukan untuk berdebat dengan Malaysiacrisis.
Malaysiacrisis berhujah berdasarkan “fakta” rasmi. Sejarah selalunya ditulis oleh mereka yang berkuasa. (History is written by the victors).
Apa yang cuba dilakukan oleh Uncleseekers 111 ialah menyediakan ruang kepada Ku Ann@ Raja Amran@Tengku Amran untuk membuktikan tuntuan beliau. Dan sebenarnya, Ku Ann tidak perlu mendedahkan perkara ini didalam blog atau mana-mana media massa sekiranya Raja Azlan bersedia bersemuka dengan beliau. Begitu juga dengan Dewan Negara Negeri Perak.
Sudah banyak kali Ku Ann menulis surat dan mencuba untuk bersemuka dengan Raja Azlan mahupun Ahli-Ahli Dewan Negara Negeri Perak tetapi permohonan beliau ditolak. Biarkan saja Ku Ann datang dan mengemukakan bukti dan sekiranya Ku Ann gagal, tangkap saja dan dakwa dia kerana cuba menipu ataupun cuba menjatuhkan martabat institusi diraja.
Uncleseekers 111 hanya ingin menjawab satu para yang terdapat dalam artikel tersebut. Manakala persoalan lain akan disiarkan satu persatu.
Jadi lah seperti Uncleseekers yang membuat pendedahan beserta bukti dan fakta, jangan merosakkan nama Uncleseekers dengan auta!
Tagline Uncleseekers ialah “Seek The Truth”. Uncleseekers 111 tidak pernah mendabik dada mengatakan bahawa apa yang ditulis disini adalah “The Truth”. Kebenaran perlu dicari, bukan disogok oleh orang lain. Malaysiacrisis menyediakan “fakta”, tetapi siapakah yang boleh mengatakan bahawa apa yang disiarkan oleh Malaysiacrisis itu sebagai “The Truth?”
Uncleseekers 111 juga tidak semestinya bersetuju dengan apa saja yang “dibuktikan” oleh Ku Ann atau Raja Amran atau Tengku Amran. Uncleseekers 111 juga sama seperti pembaca lain yang masih lagi “seeking the truth”.
Uncleseekers 111 telah menyediakan siri-siri untuk Misteri Sultan Azlan Shah ini dan biarlah pembaca menilai sama ada apa yang ditulis ini adalah benar atau hanyalah khayalan orang yang sudah hilang akal. Oleh kerana Raja Azlan Shah sendiri tidak mahu bersemuka dengan Ku Ann ataupun kerabat-kerabat lain, begitu juga Dewan Negara Negeri Perak yang tidak mahu berurusan dengan Ku Ann, maka inilah saja ruang untuk Ku Ann menyalurkan hujahnya,
Masih banyak misteri yang masih belum terungkai tetapi untuk memulakan perjalanan mencari kebenaran, kami siarkan siapakah Ku Ann@Raja Amran@Tengku Amran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.