`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 9, 2012

BOMBA SANDAKAN CUAI DAN TIDAK CEKAP?



HOS BOCOR…Hussien dan Awang Mohd mereka menunjukkan hos bocor ini kecuaian pihak bomba.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ZAMAN ABM FAJEER

SEMUANYA ini berpunca daripada kelembapan dan kelalaian pihak bomba memadamkan api dalam tragedi kebakaran malam tadi untuk menyelamatkan sederet rumah papan yang berusia 57 tahun yang menempatkan 4 unit pintu ruang kedai antaranya Kedai Perabut, Kedai Runcit, Kedai Tayar dan Bengkel telah dipersalahkan oleh mangsa kebakaran tersebut.

Dua (2) orang mangsa tragedi yang sempat ditemui oleh Sabahkini.Net di lokasi tragedi berkenaan iaituAwang Mohd Noh Utuh dan Hussin bin Omar, salah seorang pemilik Kedai Perabot, Khuzaini Enterprise.
Mereka mendakwa, setibanya tiga buah jentera Bomba yang dibantu 17 anggota ke lokasi berkenaan, mereka tidak buat apa-apa selama 40 minit untuk memadamkan api yang semakin membesar.

"Sekiranya pihak bomba pantas dan bergerak cergas untuk memadamkan api setidak-tidaknya, separuh dari premis itu boleh diselamatkan lagi. Ini tidak, mereka hanya melihat dan membiarkan sahaja sehingga jam 2 pagi; barulah mereka memadamkan api. Mereka tunggu arahan daripada pegawai baru bergerak,” dakwa Awang Mohd yang sedih kerana habis harta bendanya terbakar.

LEMBAB….Hussien mendakwa pihak Bomba terlalu lembap untuk memadam api.

Kata Awang Mohd lagi, tiga buah jentera bomba yang datang ke tempat kejadian tidak dibekalkan air dan mereka menggunakan hos untuk disambung ke paip pili bomba yang berhampiran; malangnya hos yang digunakan bocor sehingga tekanan air begitu rendah.

"Kalau beginilah cara anggota bekerja yang tidak efisyen dan pantas, nanti banyak lagi rumah yang terbakar memang tidak dapat diselamatkan,” tegas Hussien Amir.

Apapun, kata Hussien dan Awang Mohd, mereka redha apa yang berlaku menimpa diri mereka baik dan buruknya takdir Illahi, namun berharap agar kecuaian Bomba tidak berulang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.