`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 17, 2012

FELCRA BINA 'PUSARA BN' DI JALAN BAKUKU?





Oleh : MUTALIB M.D

KAEDAH 'Soil Stabilizer' hanya sesuai untuk jalan di Ladang Felcra kerana jalan itu hanya dihuni oleh pokok kelapa sawit dan getah dan mereka ini bukan pengundi; manakala jalan Bakuku-Ulu Tomani adalah jalan untuk orang kampung kerana merekalah penentu kerajaan pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi berkata demikian ketika ditanya Sabahkini.net berhubung isu Jalan Bakuku yang mendapat rungutan penduduk kampung selepas merasmikan program SEDCOVEST di Hotel Perkasa, Tenom baru-baru ini.
Kata Raime, sering kali kita dengar pemimpin BN berkata, jangan cuba-cuba tukar kerajaan. Tetapi kita dapati pada hari ini, kebanyakan projek yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) adalah sebagai projek percubaan.

"Oleh itu kita mahu projek yang dilaksanakan di Sabah, terutamanya di Tenom bukanlah projek percubaan. Kita mahu projek yang dilaksanakan mempunyai kualiti yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat," ujar Raime yang menekankan betapa pentingnya Kerajaan Persekutuan menilai semula semua projek pembangunan di Sabah, terutama di kawasan pedalaman.

Tegas Raime, beliau memberi contoh, terdapat perbezaan ketara antara pelaksanaan pembinaan jalan raya Bakuku-Ulu Tomani dengan jalanraya Marrais- Kemabong yang dilaksanakan oleh KKLW melalui anak syarikat FELCRA iaitu Felcra Bina Sdn.Bhd.

"Sebagai penggubal undang-undang saya agak terkejut kerana di Sabah bukan sahaja banyak Jalan By-Pass; malah majoriti projek yang dilaksanakan KKLW adalah projek By-Pass kerana di luar pengetahuan kami sebagai Wakil Rakyat," tegas Raime yang menggesa agar KKLW sebagai peneraju NKRA Pembangunan Luar Bandar mengutamakan manfaat projek pembangunan kepada rakyat dan bukannya melaksanakan projek secara rambang sehingga berlaku pembaziran luar biasa.

Dalam hal ini kata Raime, KKLW tanpa banyak dalih, perlu segera menaiktaraf Jalan Bakuku-Ulu Tomani yang dibina sebagai projek percubaan; selain daripada Jalan Ladang Di Titt, Kampung Telaga Papan, Merang, Setiu, Terengganu yang juga menggunakan Kaedah 'Soil Stabilizer'.

"Projek percubaan Jalan Bakuku ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat; sebaliknya memberikan impak negatif kepada para pengundi untuk membenci Barisan Nasional kerana jalan tersebut rosak dalam masa yang singkat; apatah lagi peruntukan pembangunan dibazirkan di Jalan Marrais-Kemabong yang tidak mempunyai penduduk, melainkan jalan ke kebun pihak tertentu," kata Raime yang kesal dengan kejadian yang memalukan kerajaan BN ini.



PAPANTANDA.....Penduduk kampung Bakuku menunjukkan papantanda yang masih terpacak tetapi jalan telah rosak.



PADI.....Roger memegang padi yang akan ditanam di Jalan yang dibina Felcra sebagai protes terhadap sikap sambil lewa KKLW dengan meluahkan perkataan sinis, "Inilah Jalan Yang Terbaik Di Dunia".



Tanam......Penduduk Kampung Bakuku menaman padi di atas jalan raya yang sudah menjadi kuih talam setelah semua aspal ditelan bumi.





KOLAM......Sebahagian jalan yang dibina Felcra sudah menjadi kolam untuk menternak ikan.





KELAPA........Pilipi menunjukkan kelapa yang bakal ditanam di atas jalan raya yang dibina Felcra bagi memberi kesedaran kepada Shafie Apdal agar prihatin dengan nasib penduduk kampung Bakuku.



SLOGAN.......Penduduk Kampung Bakuku meneriakkan slogan 1Malaysia sebelum menanam benih ke lapa di atas jalan raya yang dibina Felcra.




TOP UP......Projek Jalan Marrais-Kemabong adalah projek jalan 'Ke Syurga' kerana tidak ada penghuni melainkan kebun milik individu tertentu sedangkan KKLW telah membelanjakan RM23 juta untuk membina jalan ini berbanding dengan jalan Bakuku yang hanya menelan belanja RM2 juta.




KRONI......Jalan Marrais-Kemabong bertaraf VIP berbanding dengan Jalan Bakuku hanya sesuai untuk Sapi.


Tegas Raime, inilah antara kepincangan yang harus dilihat Kerajaan Persekutuan kerana bercanggah dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu projek daripada rakyat kepada rakyat dapat dilaksanakan dalam Pelan Transformasi Negara.

"Pada pendapat saya, Jalan Bakuku-Ulu Tomani ini adalah pelaksanaan projek yang gagal secara total. Tambahan pula KKLW hendaklah menerima hakikat bahawa FELCRA bukanlah Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya atau Jabatan Pengairan dan Saliran. Fungsi Felcra hanya bangunkan tanah dan bukannya membina jalan raya," ujar Raime yang merasakan belum terlambat untuk KKLW menebus dosa mereka kepada penduduk Bakuku.

Kata Raime, walaupun kos pembinaan jalanraya Bakuku-Ulu Tomani mengikut Kaedah Soil Stabilizer hanya menelan belanja RM 2,050,350 (harga asal hanya RM927,840); namun telah melukakan hati penduduk kampung kerana mereka sepatutnya mendapat jalan yang bermutu tinggi dan bukannya jalan keropok yang dibina Felcra Bina Sdn.Bhd.

"Saya tidak hairan jika pembangkang menggelarkan projek ini sebagai Pusara BN di atas jalan raya," ujar Raime yang secara sinis menegaskan bahawa beliau ditanya oleh penduduk kampung di mana sudah 'engineer' Felcra atau 'engin air' Felcra sampai jalanraya yang dibina oleh Felcra boleh ditanam padi?

Dalam pada itu, seorang penduduk, Roger menjelaskan bahawa Jalan Bakuku yang dibina Felcra hanya sesuai untuk sawah padi kerana semua aspal hilang entah ke mana dan becak di waktu hujan.

"Ini jalan hanya sesuai untuk tanam padi sahajalah. Jalan yang dibina Datuk Shafie Apdal ini adalah antara jalan yang paling bagus di dunia," ujar Roger sambil mengetuai penduduk kampung menanam padi di atas permukaan jalan raya yang berlumpur tebal.

Manakala Mantan Pengerusi JKKK, Palipi Bin Kiri, mengakui bahawa kontraktor yang membina jalan berkenaan memberitahu beliau bahawa jalan yang dibina mengikut kaedah Soil Stabilizer boleh bertahan selama 30 tahun.

"Tetapi belum sampai tiga bulan, sudah berlubang di sana sini dan lihatlah kebanyakannya sudah hancur lebur. Kami tidak puas hati dengan perlaksanaan projek ini. Inikah janji ditepati? Beginikah Janji 1Malaysia," kata Palipi yang disahut serentak oleh penduduk kampung dengan laungan "1Malaysia".

Palipi turut mengetuai sekumpulan penduduk kampung menanam dua benih kelapa di atas Jalan Bakuku yang dibina Felcra sambil melaung, "Ini Jalan Kelapa, bukan jalan raya," sebanyak tiga kali secara sepontan.



BURUK.....Penduduk kampung begitu bersemangat meluahkan perasaan marah mereka kerana telah diperdaya Menteri KKLW yang menjanjikan bulan dan matahari; tetapi mereka hanya memperolehi neraka dunia yang menyusahkan kehidupan mereka selama ini.






POTONG......"Bagus potong itu gaji menteri KKLW" kata Matani yang kesal kerana Shafie Afdal gagal menyelesaikan isu jalan raya yang melanda mereka selama ini.





SELENGGARA.....Penduduk kampung terpaksa menyelenggara sendiri jalan setelah lori membawa batu terkubur di jalan yang sudah dinaiktaraf.



KHIDMAT......Balang terpaksa meneruskan perjalanan ke Bakuku sekalipun sering terkubur di jalan yang dibina Felcra.



Sementara itu, Matani Atal, berkata pihaknya merasa rugi membayar cukai untuk membayar gaji Menteri KKLW dan menyarankan agar Perdana Menteri memotong gaji menteri berkenaan.

"Cukup-cukuplah dalam aircond. Turun padanglah. Kasianlah sama kami. Selama ini kami pilih BN, tetapi kalau begini susahlah. Kenapa kami perlu undi BN lagi pada PRU-13 jika jalan kami begini?" ujar Matani yang bertungkus lumus membantu membaiki jalan bersama penduduk kampung agar lori Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dapat melalui jalan berkenaan setelah terperangkap selama sejam setelah lori membawa batu terkubur dan menghadang lalu lintas.

Bagi pemandu lori LIGS, Balang Lating, beliau sering kali mengalami masalah untuk mengangkut getah beku dan skrap daripada Kampung Bakuku kerana keadaan jalan berkenaan semakin rosak teruk sehingga lorinya sering terkandas.

"Saya kesian melihat penderitaan orang kampung, tetapi saya dan LIGS juga susah mau beli dan bawa keluar getah dari kampung ini. Saya sukar masuk dan keluar kampung ini, tetapi terpaksa juga kerana tidak sampai hati mengecewakan para penoreh yang bergantung harap kepada LIGS," ujar Balang yang memberitahu setiap minggu beliau akan memuat antara tiga hingga empat tan getah kepingan dan beku.
VIDEOKLIP AKAN MENYUSUL DALAM MASA YANG TERDEKAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.