`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 28, 2012

IKTIBAR KONFLIK NEGARA BERGOLAK





KUDAT: Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di kebanyakan negara lain yang bergolak akibat kewujudan ekstremisme serta fanatik agama, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Katanya perkara sedemikian tidak harus dibenar berlaku di negara ini yang rata-rata rakyat mengamalkan kesederhanaan sekalipun berbilang bangsa dan agama.
“Atas kejayaan kita mempromosikan kesederhanaan inilah maka masyarakat global menghormati peranan kita di arena antarabangsa dalam mempromosikan konsep ini.

“Negara kita mempromosikan konsep konflik resolusi dan memberi keutamaan kepada aspek perundingan bagi mengelak pergaduhan berasaskan agama dan etnik,” katanya pada majlis sambutanHari Krismas Masyarakat Cina Kristian di Dewan Pei Tsin Kudat, di sini semalam.

Beliau berkata penerimaan dan kepercayaan kedua-dua pihak yang bertelagah di Filipina terhadap Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik di selatan negara itu adalahpengiktirafan besar kepada negara.

“Dan rakyat Malaysia harus bangga dengan peranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keranamengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.

Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut memuji masyarakat beragama Kristian di Sabahkhususnya, kerana sentiasa membantu kerajaan mempromosikan konsep kesederhanaan di kalanganpenganutnya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.