`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 28, 2012

Inikah Kroni yang bakal mengaut keuntungan dari Rebat RM200 untuk Smartphone itu?



Aku sangkakan tak ada smart phone yang berharga di bawah RM500, rupa-rupanya ada dan ianya telah dilancarkan Februari lalu di Kuala Lumpur.

Ianya di bangun dan dipasang sepenuhnya dinegara ini oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd.

Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

M3 Communicator adalah telefon pintar yang pertama dibangunkan di Malaysia.

Sasaran penjualan M3 Communicator sebanyak 5000 unit diseluruh negara pada April lalu dan merancang untuk mengeluarkan 2 hingga 3 model pada tahun ini dengan harga sekitar RM 500.

Dan lebih menarik lagi.. korang sila lihat dan baca apa yang tertera pada image di bawah ini..


Kata Pengerusi Eksekutif DMD Mobile Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mudah dengan kos yang minimum.

Oooo...  Pengerusi Eksekutifnya Datuk Dr. Mohammed M.Daud....

Siapa agaknya dia yang begitu berani menceburi perniagaan yang pesaingnya terdiri dari syarikat-syarikat gergasi yang ternama?

Cuba lihat image di bawah... 

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan rupanya dia..

21 Februari 2012 Pelancaran produk keluaran syarikatnya pula telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.. Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

28 September 2012 Najib  mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.

26 Disember 2012 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan dalam lamanwebnya bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500. Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi untuk mendapat rebat RM200 itu sila lihat di ( SINI )

Adakah ini suratan, kebetulan atau hadiah untuk persaraan?

Kroni siapa agaknya dia ni? 

Untung sungguh nasib dirinya.. bersara pun masih boleh buat duit lagi.. dari RM300Juta yang disediakan sebagai rebat untuk 1.3 Juta belia tu.. korang agak berapa peratus akan dihalakan kepada syarikatnya?

Itulah yang membezakan antara Kroni Pemimpin UMNO dan Pencacai Pemimpin UMNO..

Kroni walau dah bersara tak akan dibiar menyewa di flat100.. ops silap.. maksud aku di Flat yang disewakan dengan kadar RM100 sebulan seperti yang ada di Ampang Jajar tu..

Pencacai walau berhujah bermati-matian mempertahankan pemimpin UMNO yang ada.. empat atau lima tahun sekali dapatlah sehelai kain batik atau kain pelikat, beras sekampit, susu dua atau tiga tin..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.