`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, December 24, 2012

JANGAN TANYA ELAUN JIKA GOTONG-ROYONG!




Oleh: SHAIMON S JUMADI

KETUA Bahagian UMNO Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Haji Puyon (gambar), berkata ketika cabaran era globalisasi, selain sibuk dengan tugasan seharian, semua pihak perlu tampil untuk mengadakan aktiviti tersebut berikutan kesannya terhadap semangat kejiranan.
Maka dengan itu, penduduk setempat tanpa mengira usia mahupun latar belakang seseorang, hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bergotong royong kerana ia satu usaha murni ke arah memperkukuhkan perpanduan kaum
Beliau berkata, menerusi gotong-royong ianya mampu mewujudkan persefahaman dan semangat saling menghormati memandangkan penduduk dapat bertemu sambil berinteraksi serta bertanyakan khabar.
Katanya, usaha menyemarakkan amalan ini amat dialu-alukan kerana dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, bergotong-royong merupakan satu kemestian mengambil kira pepatah 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.
"Apabila kita selalu merujuk kepada pepatah berkenaan, maka meningkatkan lagi semangat setiap daripada kita untuk menjalinkan silaturrahim memandangkan asas pembentukan masyarakat yang bersatu adalah melalui semangat kejiranan.
"Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana manfaatnya terhadap perpaduan sudah terbukti. Oleh sebab itu, saya selalu mengingatkan penduduk kampung mahu pun taman-taman perumahan supaya jangan bertanyakan elaun sekiranya ada gotong-royong.
"Bergotong-royong ini merupakan kerja sukarela ... janganlah bertanyakan soal elaun sebaliknya tampil bersama-sama penduduk setempat untuk bergotong-royong kerana manfaat yang kita peroleh ialah jalinan muhibbah antara satu sama lain," jelasnya.
Ampong berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Saidina Ali Abi Thalib, Taman Mesra, Batu 4, dekat sini, kelmarin.
Serentak itu, kata beliau lagi, kemakmuran yang dinikmati rakyat dalam negara ini adalah disebabkan amalan masyarakat majmuk mengutamakan perpaduan sesama sendiri.
Jelasnya, sejak ketika merdeka keharmonian tidak pernah pudar kerana setiap kaum tanpa mengira bangsa dan fahaman politik saling bekerjasama dalam apa jua aktiviti sekali gus menjadikan negara ini contoh terbaik di seluruh dunia.
Tambahnya, rakyat terutama di Parlimen Sandakan wajar bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang harmoni apatah lagi kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak amat menitikberatkan perpaduan kaum dalam konteks Gagasan 1Malaysia.
Mengenai majlis itu, Ampong memuji usaha dan inisiatif penduduk di Taman Mesra yang sentiasa berusaha bagi memastikan penduduknya terutama golongan kanak-kanak mendapat ilmu pengetahuan yang berguna khusus dalam bidang agama Islam.
Ini katanya, kandungan kitab suci al-Quran perlu dihayati sedalam-dalamnya kerana ia bukan hanya membentuk keperibadian seseorang malahan mengukuhkan umat Islam dalam apa pun aspek kehidupan.
"Saya bangga apabila penduduk yang khatam al-Quran bukan saja golongan dewasa bahkan kanak-kanak. Ini satu perkembangan yang sangat baik demi kemajuan bangsa, agama dan negara," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.