`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 1, 2013

Lagi auta sambutan kuat untuk PKR di Sabah




Selepas majlis di Tanjung Aru Plaza, Anwar menghadiri majlis perasmian pertubuhan pakatan Perubahan Sabah (PPPS) pada pukul 10:30 pagi di Conference Room, Starcity, Asia City, Kota Kinabalu.

Kan elok buat belah-belah Sepanggar di mana Lajim ada projek situ dulu. Oh ye ... nak bawak orang Beuford tak boeh jauh sangat.

Dikatakan yang hadhir ada 2-3 ribu orang penyokong Dato Lajim tapi sebenarnya hanya dalam 800 orang. Kebanyakkan diangkut dari Beauford dengan upah RM100-200 seorang.

Yang hadhir pun adalah juga ahli-ahli PPKR, DAP, PAS SAPP dan APS. Tiada STAR. Kelihatan hadhir dalam  80% kaum BI, BBI 15% dan lain-lain 5%.


Lajim nak tunjuk pada Anwar bahawa dia kononnya ramai pengikut tapi kesian si jubir ditipu Lajim



Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagia tetamu kehormat, hos Dato Lajim Ukin, Dato Wilfred Bumburing, Thamrin Hj Jaini selaku Ketua PKR Sabah, YB Hiew King Cheu, MP DSP Kota Kinabalu, Datuk Richard Yong mewakil SAPP, Datuk Chua Jua Ming, Dr Xavier Jayakumar dan Alimudin Aling mewakili PAS Sabah.

Dalam ucapan Datuk Lajim, dia dilihat mengampu Anwar dengan enyatakan sedih mengenangkan  nasib Anwar yang diperlakukan BN kerana dia adalah pesaing utama Dato najib.

Lajim enjaja hujah bahawa Sabah negara miskin dengan penganguran tertinggi. Beliau menjelaskan  beliau keluar BN kerana prinsip politik mengutamakan rakyat dan ingin menambahkan baik sistem pentadbiran dan utk membangun dasar ekonomi sabah berdasarkan Buku Jingga.

Kah kah kah ... siapa tak tahu dia tak dapat masyukkk ... lalu dia keluar. Kalau nak majukan Sabah, apalah pakai Buku Jingga. Bodohnya Lajimmm!!!!

Dia mengulang tuntutan yang sedang cuba dipopularkan di Sabah iaitu Program Borneonisasi, tuntutan 20% royalti minyak, mengkaji dasar kabotaj, pinjaman pendidikan yayasan sabah dimansuhkan, dan pemberian semula Amanah Saham Rakyat Sabah.

Apa pulak tuntut kaji kabotaj? Kau orang kaji dulu baru tuntut.  ,
-
Lajim turut menuntut ditubuhkan sebuah lagi Universiti di Sabah iaitu Universiti Kinabalu Malaysia untuk tingkatkan pendidikan rakyat Sabah. Apa bodohnya Lajim?

UMS pun tak cukup pelajar Sabah untuk dipenuhkan. Kebanyakkan pelajar Sabah mahu belajar di Semenanjung untuk dapat pelajarn yang bermutu. Eloklah buat Universiti dan isi dengan orang Visaya dari Filipina!!!

Dia turut menimbulkan isu hak tanah adat Sabah dan mohon di kaji subsidi kupta Haji untuk Sabah ... mana ada kuota ikut negeri, Mohon sajalah, sapa cepat dia dapat!

Dalam ucapan Anwar, banyak mengulang cerita lama. Dalam hal Sabah, dia kata lanskap politik Sabah bakal berubah sebagai mana politik wang anwar akan cuba membeli orang sana sini.

Anwar kata PRU 13 Sabah adalah penentu kemenangan PR. UMNO dan BN sudah goyang di Sabah. Ya ke? Kah kah kah .... dengan kosong majlis boleh ke goyah????

Lain itu hanya UMNO gitu gini dan PR hebat cemerlang gemilang dan temberang.

Punyalah hebat dan taat penyokong Lajim. Habis saja anwar berucap dan tinggalkan dewan, semu adah keluar dan tidak tunggu Lajim kah kah kah ...

Itu petanda hadhiran yang dibayar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.