`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 21, 2012

Mengapa Jangan Ganti Perdana Menteri Sekarang?



Tersentak seketika apabila beberapa laporan menyebut akan berlaku peralihan kuasa antara perdana menteri, Najib Altantuya dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang dijangka dilakukan tahun depan, sebelum pilihanraya umum akan datang.

Sebenarnya, walaupun ia setakat ini masih belum dimuktamadkan, Najib Altantuya akan didesak berundur bagi memberi laluan kepada Muhyiddin kerana beban yang terpikul dibahunya sudah cukup sarat bagi membawa Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya paling dinantikan sejak kemerdekaan 55 tahun lalu.

Pun begitu, Muhyiddin juga dikatakan sudah bersiap untuk menaiki takhta dengan restu bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad ekoran skandal yang makin mencengkam batang tubuh Najib Altantuya yang jelas tidak boleh diselindungkan lagi.

Tetapi Pakatan Rakyat nampaknya mahu Najib Altantuya terus berkuasa kerana dikatakan lebih mudah untuk menewaskan BN daripada Muhyiddin yang menjadi jeneralnya.

Mengapa?

Walaupun Muhyiddin turut mempunyai karenahnya sendiri terutama semasa menjadi menteri besar Johor, tetapi semangat ke-Melayuannya yang lebih tebal berbanding Najib Altantuya dikatakan mampu mengembalikan undi orang Melayu terhadap Umno paling tidak dalam 15 hingga 20 peratus.

Selain itu, dari sudut personalitinya yang lebih terbuka menyebabkan Umno lebih mempercayainya berbanding Najib Altantuya yang lebih berpersonaliti bangsawan dan kurang bergaul dengan rakyat kebanyakkan, mengesahkan darah keturunan yang dibanggakannya tidak akan membawanya ke mana-mana.

Setakat ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih menunggu maklumat lanjut dari sumber yang boleh dipercayai dari Putrajaya bagi mengesahkan tarikh akhir Najib Altantuya berkuasa hanya setakat 11 Januari 2013, atau lebih lewat daripada itu.

Memandangkan pilihanraya akan diadakan sekitar awal Mac tahun depan, sekiranya peralihan kuasa ini benar-benar berlaku, Muhyiddin dan bakal timbalannya yang dijangka Zahid Hamidi mempunyai tugas berat kurang daripada tiga bulan bagi menyusun semula jentera pilihanraya BN bagi memastikan kemenangan, atau sebaliknya bakal berdepan dengan kekalahan memalukan apabila dia sendiri dan Najib Altantuya langsung tidak mendapat mandat rakyat menjadi perdana menteri negara ini.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.