`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 13, 2012

MPV Rempuh Restoran Di "Bukit Setongkol" Kuantan Malam Tadi, Tiga Sekeluarga Nyaris Maut Di Langgar


KUANTAN, 13 Dis - Sebuah kenderaan MPV remuk apabilasetelah merempuh sebuah restoran di Bukit Setongkoldekat sini malam tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 10.20 malam itu hampir meragut nyawa isteri pemilik restoran berkenaan, namun dia terselamat kerana menidurkan anaknya dalam buaian yang berdekatan. "Jika tidak.. sudah pasti apakah nasib saya", kata isteri pemilik restoran terbabit yang hanya mahu dikenali sebagaiRodziah (foto). Menurutnya beliau menyedari kejadian kerana kenderaan terbabit melanggar sebuah bengkel yang terletak 100 meter dari restorannya. "Biasanya saya akan berada di dapur memasak makanan untuk pelangga, ketika kejadian.. mujurlah saya sudah siap memasak dan dodoikan anak saya dalam buaian. Masa tu saya nampak kereta tersebut melambung melepas sebuah longkang sebelum merempuh bahagian dapur restoran. Saya dan suami yang sedang melayan pelanggan bertempik akibat terkejut", tambah beliau. Dia bersyukur kerana nyawa seorang lagi anaknya turut terselamat. "Bayangkan kalau dia bermain-main di kawasan itu, sudah pasti dia akan dilanggar oleh kereta berkenaan", kataya lagi. Menurut beliau lagi, sejak sekian lama berniaga di situ, inilah kejadian yang paling mengerikan. Tinjauan krew kami ke lokasi kejadian mendapati orang ramai sudah berpusu-pusu untuk melihat keadaan kenderaan MPV dari jenis Toyota Estima yang remuk itu. Akibat rempuhan, bahagian dapur restoran berkenaan rosak sama sekali. Malahan,barangan masakan seperti sayur dan telur bertaburan di tempat kejadian. Difahamkan ketika kejadian terdapat seorang lelaki India sedang makan di situ. Namun, mujurlah rempuhan berkenaan tidak kena tepat kepada beliau dan dia hanya cedera ringan sahaja. Menurut orang ramai yang menyaksikan kejadian, MPV tersebut dipandu oleh sepasang kekasih berbangsa Cina. "Saya melihat kereta dipandu terlalu laju dari arahCenderawasih menuju ke bandar ... Tiba-tiba MPV terbabit terbabas dan memasuki laluan kanan jalan sebelum terbabas serta merempuh sebuah bengkel kereta... MPV itu kemudian melambung melepasi sebuah longkang sebelum merempuh bahagian dapur restora terbabit.. Peliknya, pasangan terbabit boleh bergaduh dan tidak segera keluar dari kenderaan selepas kejadian.. Mungkin juga mereka ada perselisihan faham agaknya", kata seorang saksi. Pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. Orang ramai berpusu-pusu melihat kejadian menyebabkan laluan dari kedua-dua arah sesak teruk. Apapu, mujurlah tiada kehilangan nyawa yang berlaku dalam kejadian malam tadi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.