`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, December 17, 2012

Nak nasihatkan Najib sikit...


Siaran langsung perhimpunan agung Umno time tivi bang maghrib...


Salam semua...

Tak tau la pulak Pak Long, Umno ni pakai nasihat sapa... Seingat Pak Long yang dah senja neh, tak pernah rasanya dalam sejarah Umno... prestasi depa macam ni punya serabut. Sampaikan terhegeh-hegeh tak tau bila nak buat pilihanraya. Tak kata kat depa la mengkalu dah maklumat yang dok sampai kat depa... semuanya pening kepala... haha...

Pening kepala tuu la gamaknya buatkan depa dah gelabah bewak. Dok tak kena, berdiri jadi lenguh pula. Pak Long tengok hampir semua tindakan depa samaada bertahan ka ataupun menyerang sekalipun, nampak macam hodoh dan meloyakan... Tiap kali depa bukak mulut ja, macam ngan mintak sangat-sangat supaya rakyat tolak depa.

Toksah kata yang bawah-bawah ni teruk, yang ataih pun silap-silap lagi teruk kesan daripada boss besaq depa yang salah abah... Kadang kadang Pak Long tengok si Najib tu, terketaq ketaq dagu punya nak jaga bagi nampak macam tak pembohong. Awat hang habih pi jadi lagu tu Jib... Bayangkan la, bekaih ketua Polis pun bukan main punya gempaq, tokey karpet pun boleh dok sembang besaq... Sapa yang ajaq hang tetiba dok diam keraih macam tak reti nak buat apa?

Masaalahnya Najib oii, hang dah menari rentak yang salah ni. Lagu yang hang dondangkan tuh hanya ditarikan oleh bangsa hang sendiri jaa... orang kampung dah tak layan dahh...

Dunia la ni tak serupa dulu dah Jib oii... Maklumat dihujung jari ja. Hang menari silap sikit, puak-puak felda Jengka pun dan-dan dapat tau. Hang tak boleh main lagu lama dengan tarian lama dah. Tukaq buang la kelaku hodoh hang tuh. Meluat sungguh Pak Long tengok kelaku hodoh hang terutama bila hang biaq puak-puak pengampu hang mainkan sentimen agama ngan isu perkauman tuh...

Jangan ikut sangat kelaku penjajah, depa main peshen pecah dan perintah. Jangan main sentimen agama, sampaikan yang takdak-takdak pun hang pi cipta. Jangan dok usik isu kaum, badan tak panaih jangan gatai dok jelom... Masaalah yang dok timpa kepala ummah akan jadi lagi parah kalau hang buat kelaku hodoh tu lagi. Tindakan bahalol hang tu akan terpalit pada Islam pasai hang tu beragama Islam. Last-last bukan Islam akan anggap neh semua ajaran Islam, Islam jugak yang kena...

Pak Long nak ajak semua tak kira anutan politik hangpa, ikhtiaq untuk ikhlaihkan diri berbakti demi agama dan pertiwi. Dakwah ni kena berterusan, tingakah laku kita sebagai pemegang panji Islam jugak merupakan satu dakwah. Berdakwahlah melalui diri... Lagi besaq pangkat kita, lagi besaq la kesannya pada agama. Jom kita pakat sama-sama promosikan indahnya hidup cara Islam. Tak payah dok kalut la nak berpesta memburu dosa...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.