`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 28, 2012

Tajuk ceramah yang aku nak dengar (1)


1. Apakah bentuk ekonomi yang akan dilaksanakan oleh PR kalau memerintah. Adakah akan mengeksploit sumber alam macam balak atau pasir juga? Bagaimana PR mahu meningkatkan ekonomi tapi dalam masa yang sama mengekalkan alam sekitar. Ataupun hanya menerusan dasar-dasar BN?

2. Apakah dasar PR dalam pertanian? Adakah PR akan mengekalkan sistem pertanian konvensyenal yang ada sekarang atau mencuba inovasi pertanian yang lain? Adakah PR akan berubah kepada aeroponik, organik, atau hi-tech? Ataupun meneruskan dasar-dasar BN yang mesra sawit?

3. Bagaimanakah PR menangani masalah sosial terutamanya masalah ibu tunggal yang tak berkahwin, ibu tunggal yang ditinggalkan, diceraikan atau kematian suami? Ataupun meneruskan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat?

4. Bagaimanakah sistem pendidikan yang akan dilaksanakan oleh PR nanti? Adakah akan beralih kepada sistem pondok, SAR atau internet-based? Ataupun terus dengan dasar pendidikan Bn sekarang?
5. Apakah PR akan memberikan sepenuh kebebasan kepada media, ataupun akan mengharamkan mana-mana penerbitan yang mengkritik PR?
bersambung!

- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.