`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, December 17, 2012

Tangkap Musa, selamatkan duit rakyat Sabah!


Sebuah NGO membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta.
PETALING JAYA: Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik silih berganti membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman.
Kelmarin, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah Boby Lewat @ Ewat membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi.
“Kami merujuk kepada kenyataan bersumpah (Ahli Parlimen Beaufort dan juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Lajim Ukim pada 11 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.
“Ini berikutan pendedahan dari pelbagai sumber media bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
“Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG,” katanya.
Lesen pembalakan
Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa.
Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012, Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Musa  dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.
“Ini adalah atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
“Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen.
“Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?,” soal Boby.
Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.
Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah, menurut Lajim.
Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta.
Pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.
“Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.
“Kesediaan Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM,” ujar Boby.

156 comments:

  1. Belajarlah untuk menerima kenyataan dalam hidup ini yang mana Datuk Musa telah dibebaskan dengan pelbagai tuduhan yang tidak ada bukti langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih lagi tak boleh terima kenyataan, susah sangatkah?

      Delete
    2. Sebaik Musa memegang jawatan KM, beliau sudah menghadapi perkara2 seperti ni. sampai sekarang masih ada pihak yang berusaha keras menjatuhkan beliau.

      Delete
    3. Ramai orang yang mahu menjatuhkan Musa Aman kerana kejayaan beliau.

      Delete
    4. JIKA SAMM BOLEH MENERIMA AKUAN BERSUMPAH LAJIM SEBAGAI BUKTI UNTUK MEMBUKA SEMULA SIASATAN, KENAPA SAMM TIDAK BOLEH TERIMA AKUAN BERSUMPAH ABDUL MURAD BERKENAAN DENGAN RM3 BILION ANWAR?? MEMBANTERAS RASUAH PUN ADA SIKAP DOUBLE STANDARD?

      Delete
  2. ICAC cakap kalau kes ini dihebohkan di Malaysia maka kes ini akan secara langsung akan menganggu siasatan ICAC jika kes ini dibuka. Tapi rasanya ICAC tidak akan buka lagi kes ini kerana tidak ada bukti pun Datuk Musa itu terlibat dengan kes Rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kes ini tidak dibuka semula, baguslah untuk Musa Aman.

      Delete
    2. Sekarang sudah heboh pun oleh Rafizi. kita tunggu ja lepas ni.

      Delete
    3. ICAC akan membuat keputusan berasaskan bukti bukan mengikut perasaan seperti PKR.

      Delete
    4. KALAU ADA BUKTI PUN, SEMUANYA HANYA DIREKA CIPTA OLEH PEMIMPIN2 PEMBANGKANG.. BISALAH, MEREKA HANYA TAHU MEMBOHONG DAN MENABUR FITNAH UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT..

      Delete
  3. ICAC sendiri ada prosuder mereka untuk membuat siasatan. Maka jangan salahkan ICAC lagi jika didapati kes ini memang rekaan dan fitnah semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut salahkan Rafizi Ramli kerana menabur fitnah.

      Delete
    2. Sudah dua kali juga pergi Hong Kong jumpa ICAC.rasanya tiada sebab lagi mereka tak puas hati.

      Delete
    3. Selagi ICAC tidak membuka semula kes ini, PKR tidak akan berpuas hati.

      Delete
    4. PEGAWAI2 PENYIASAT ICAC JUGA SEBENARNYA MELUAT DENGAN SIKAP PEMIMPIN2 PEMBANGKANG NEGARA INI.. SEOLAH2 AHLI2 POLITIK DI NEGARA INI LEBIH ARIF DALAM SOAL SIASAT MENYIASAT BERBANDING DENGAN ICAC.. SEBAB ITULAH ICAC MENGARAHKAN PEMBANGKANG SUPAYA TIDAK MEMPOLITIKKAN ISU INI..

      Delete
  4. Orang yang perlu disalahkan adalah Rafizi Ramli yang menyebabkan kes ini sengaja dihebohkan untuk kepentingan politik semata-mata. Jangan mudah tertipu dengan semua permainan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tidak begitu mudah terpedaya oleh Rafizi Ramli.

      Delete
    2. Rafizi Ramli pun tak boleh lakukan apapa jika ICAC tidak bersetuju utuk membuka semula kes ini.

      Delete
    3. Pembangkang memang sudah terdesak guna tuduhan seperti ni.

      Delete
    4. RAFIZI TU TAK BETUL OTAKNYA.. BILA ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH, BOLEH PULA DIA LANTIK DIRINYA JADI PENYIASAT PERIBADI DAN MENDAKWA BAHAWA RM3 BILION ITU MURAD YANG SAPU.. TAPI BILA LAJIM UKIN BUAT AKUAN BERSUMPAH, BOLEH PULA DIA AMBIL AKUAN BERSUMPAH ITU UNTUK DISERAHKAN KEPADA ICAC BAGI MEMBUKA SEMULA SIASATAN..

      Delete
  5. Rafizi sengaja melakukan semua ini semoga rakyat Sabah tertipu dengan perjuangan untuk rakyat. Namun sebenarnya perjuangan itu adalah untuk politik peribadi Rafizi sendiri. Tambahan lagi Anwar sudah menjanjikan sesuatu jika menang pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ingat rakyat Sabah begitu mudah terpedaya.

      Delete
    2. ahli politik sekarang memang suka kejar jawatan dan harta saja.

      Delete
    3. MALAYSIA AKAN HANCUR JIKA PAKATAN MEMERINTAH.. DENGAN SKANDAL RASUAH PEMIMPIN2 PEMBANGKANG YANG SEMAKIN MENGGANAS, TIDAK ADA JAMINAN BAHAWA MALAYSIA AKAN MAJU DAN MAKMUR JIKA PEMIMPIN2 PEMBANGKAN BERJAYA MENDUDUKI KERUSI EMPUK PUTERAJAYA, DITAMBAH PULA DENGAN SIKAP DOUBLE STANDARD MEREKA DALAM MEMBANTERAS GEJALA RASUAH..

      Delete
  6. Apa pun semua permainan yang cuba dibuat oleh pembangkang tidak akan memberikan kesan kepada sokongan kepada Datuk Musa. Rakyat sendiri boleh memikirkan yang terbaik berbanding mendengar permainan politik yang dilakukan oleh pembangkang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka hatilah apa yang mereka mahu buat, bagi kita kes ini sudahpun ditutup.

      Delete
    2. SIKAP DOUBLE STANDARD, RASUAH, FITNAH, BOHONG, PEMIMPIN2 PEMBANGKANG JELAS KELIHATAN DI MATA RAKYAT..

      Delete
  7. Lagi ada yang tidak senang dengan Datuk Musa Aman. Sudah satu kes selesai cuba pula dikaitkan lagi dengan kes lain. Memang nampak sangat pihak pembangkang ini tidak senang dengan kejayaan yang telah Datuk Musa Aman lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang yang tidak senang dengan Musa Aman, sebab beliau terlalu kuat di Sabah.

      Delete
    2. Kejayaan beliau diiktiraf dan tidak dapat dinafikan.

      Delete
    3. Bukan senang nak merampas Sabah daripada genggaman BN Sabah.

      Delete
    4. PEMBANGKANG TERUTAMANYA PAKATAN RAKYAT SUDAH GAGAL MENTADBIR 4 BUAH NEGERI.. SO UNTUK TUTUP KELEMAHAN MEREKA, TERPAKSALAH MEREKA MEMBOHONG DAN MEMFITNAH..

      Delete
  8. Sehingga sekarang ini tidak the bukti kukuh yang mengatakan Datuk Musa ini terlibat dengan rasuah. Sehinggakan ICAC sendiri menyatakan perkara yang sama. Ini bermakna Datuk Musa sebenarnya bebas daripada semua tuduhan tersebut cuma rekaan semata-mata oleh pihak pembangkang untuk menguasai Sabah ini. Kerana jika Datuk Musa jatuh maka bagi mereka barulah senang untuk menawan Sabah. Tapi selagi Datuk Musa masih bertahan maka selagi itulah pembangkang tidak akan dapat menang pada PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAKATAN RAKYAT SUDAH KANTOI MEMBOHONG BERKENAAN DENGAN ISU SCORPENA DI PERANCIS.. SEKARANG MEREKA ALIHKAN PULA PEMBOHONGAN MEREKA KE HONG KONG..

      Delete
  9. Hahaha Tangkap Musa? Kenapa pula? Rasuah kamu yakinkah Musa yang Rasuah? Ada buktikah Musa Rasuah? Tidak ada bukan. Tidak perlulah takut sangat sampai sanggup menfitnah untuk menjatuhkan orang lain. Berlawanlah dengan cara betul. Tidak perlulah mahu cakap Musa rasuah dan sebagainya. Terus terang saja yang mana pembangkang takut dengan sokongan kepada Musa Aman yang tidak pernah kurang sehingga sekarang sehinggakan pelbagai kes rasuah dikaitkan dengan beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAKATAN RAKYAT SIAP SEDIAKAN BANNER UNTUK MEMBAWA PIHAK YANG TIDAK BERSALAH KE MUKA PENGADILAN.. TAPI ANWAR YANG TERPALIT DENGAN SKANDAL RM3 BILION, TIDAK PULA DIUSAHAKAN UNTUK MEMBAWA BELIAU KE MUKA PENGADILAN..

      Delete
  10. Itulah yang kita dapat lihat sebenarnya. Ada pihak yang tidak senang dengan kebolehan Datuk Musa, Datuk Musa hanya menunggu untuk memberikan jawatan ini kepada individu yang benar-benar boleh untuk membantu penduduk Sabah ini.

    ReplyDelete
  11. Rafizi Ramli asyik nak mengenakan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang dikatakan memperolehi RM40 juta secara haram dari seberang laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pengesahan telah dibuat bahawa Musa tidak terlibat, terimalah keputusan ini.

      Delete
  12. Bahkan sewaktu ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh oleh PKR, Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk agar kes tersebut dibuka semula.

    ReplyDelete
  13. Baiklah, jika demikian, kasi keluarlah kes penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia berjumlah sebanyak RM3 bilion.

    ReplyDelete
  14. 5 Jun 2012, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal lebih 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.

    ReplyDelete
  15. 7 Jun, Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula meminta Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Abdul Murad, sekiranya pengakuan berkanunnya itu adalah fitnah semata-mata

    ReplyDelete
  16. Anuar Shaari juga meminta Anwar menjelaskan sama ada akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan.

    ReplyDelete
  17. 10 Jun, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

    ReplyDelete
  18. Namun Anwar Ibrahim langsung tidak menjawab. Konco-konco Anwar Ibrahim langsung tidak berani bersuara atau mencuit perkara berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat sungguh PKR berusaha untuk mengenakan pemimpin-pemimpin UMNO-BN.

      Delete
    2. Banyak kagi yang terlibat dalam rasuahan. Cuma tiada bukti sahaja.

      Delete
  19. Mungkin ada sebab ICAC tidak menggalakkan kes ini dihebohkan. Mungkin akan membawa kesan yang negatif.

    ReplyDelete
  20. Biarlah semua pemimpin mengishtiharkan harta masing-masing. Hilang anggapan yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  21. ICAC akan mengkaji sama ada bukti baru itu sah dan benar bercukupi untuk membuat siasatan dan ambil tindakan.

    ReplyDelete
  22. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.

    ReplyDelete
  23. Menurut Abdul Aziz, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini.

    ReplyDelete
  24. Dalam program tersebut Saifuddin menunjukkan kepada wartawan gambar sebuah 'Dangau' yang dikatakan terdapat 18 orang pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

    ReplyDelete
  25. Saya minta dia tunjukkan gambar tersebut, gambar tersebut kami ambil untuk buat kajian.

    “Namun apabila SPR turun di lapangan, rupa-rupanya, Dangau itu adalah tempat letak motosikal dan sebenarnya terdapat 32 buah keluarga tinggal kampung tersebut, gambar tersebut sebenarnya di crop."

    ReplyDelete
  26. “Ini salah satu bukti penipuan dalam audit yang dilakukan oleh PKR,” kata Abdul Aziz kepada pemberita.

    Dangau adalah merujuk kepada pondok di dalam loghat Kedah yang digunakan oleh Saifuddin.

    ReplyDelete
  27. “Sebab itu apabila terdapat kekeliruan atau tidak jelas tentang sesuatu perkara, datang berjumpa SPR.

    “Jangan terus dedah kepada media kerana ini akan mengelirukan orang ramai,” kata pengerusi SPR itu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak tunjuk pandai, itulah yang menyebabkan orang keliru.

      Delete
    2. Kenal pasti terlebih dahulu barulah heboh sama media, bikin malu betul.

      Delete
  28. Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.

    ReplyDelete
  29. Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan tidak akan membubarkan dewan undangan negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum (PRU) oleh kerana daftar pemilih yang tidak bersih.

    ReplyDelete
  30. Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.

    ReplyDelete
  31. Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang.

    ReplyDelete
  32. Datuk Musa Aman membidas pihak pembangkang dan menggelar mereka bankrap politik kerana percubaan mendesak Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah yang menurut beliau sudah dibersihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Sabah sehingga boleh menggunakan apa sahaja isu yang ada.

      Delete
  33. Pembangkang tidak boleh menerima tindakan ICAC Hong Kong yang membersihkan Musa dalam kes RM 40 Juta sumbangan kepada Umno Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang begitu sukar untuk terima?

      Delete
    2. Aku lagi hairan kenapa PKR begitu sukar menerima kenyataan.

      Delete
  34. Musa mengatakan beliau tidak faham mengapa PKR tidak boleh menerima kebenaran.

    ReplyDelete
  35. pembangkang cuba lagi untuk menggunakan aduan untuk mendapat keuntungan politik.

    ReplyDelete
  36. ICAC menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan Musa.

    ReplyDelete
  37. dakwaan bahawa badan anti-rasuah Malaysia gagal untuk bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Hong Kong adalah “tidak benar”

    ReplyDelete
  38. Pembangkang melalui Rafizi Ramli sanggup ke Hong Kong untuk mengemukakan "bukti" rekayasa untuk mendesak badan pencegah rasuah Hong Kong itu membuka semula isu itu.

    ReplyDelete
  39. Rafizi Ramli, yang mengetuai misi pencarian fakta empat anggota parti disana berkata masih belum jelas apa ICAC akan lakukan dengan bukti-bukti baru tetapi melahirkan keyakinan kes itu mungkin akan dibuka semula.

    ReplyDelete
  40. PEMBANGKANG dan atau seteru dalaman Musa Aman tidak mempunyai apa-apa cara untuk berdepan dengan Ketua Menteri Sabah itu.

    ReplyDelete
  41. sebab itu serangan yang bersifat peribadi terus dikayuh semata-mata untuk mengwujudkan persepsi negaif terhadap beliau.

    ReplyDelete
  42. Mereka tidak dapat menyerang Musa melalui perkembangan ekonomi negeri, pelaburan ekonomi, pembangunan mahupun kecekapan pengurusan kewangan negeri, kerana Ketua Menteri itu telah menunjukkan kecemerlangannya.

    ReplyDelete
  43. cubaan menjatuhkan Musa dispeksifikasikan sebagai Musagate berhubung sumbangan individu tertentu terhadap Umno Sabah yang bernilai RM40 juta.

    ReplyDelete
  44. Sumbangan RM40 juta ini menjadi makluman umum apabila berlaku pilihanraya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

    ReplyDelete
  45. Sebagai badan yang cukup terkenal dalam memerangi rasuah (ICAC) bertindak membuka Kertas Siasatan (IP.

    ReplyDelete
  46. epertimana kenyataan Setiausaha Barisan Nasional Sabah- Datuk Rahman Dahalan yang juga ahli Panel SPRM, bahawa pegawai penyisaat ICAC telah berada di Sabah lebih sebulan untuk menyiasat dakwaan itu.

    ReplyDelete
  47. Hasil daripada siasatan itu, SPRM dan ICAC mendapati tiada didapati hubungan antara Musa Aman dengan RM40 juta sepertimana dilaporkan, sebaliknya wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik individu yang tidak mahu dikenali kepada Umno Sabah.

    ReplyDelete
  48. Malangnya keputusan SPRM dan ICAC itu tidak dapat dierima oleh pihak Pembangkang, sambil menuduh badan itu bias dalam keputusannya.

    ReplyDelete
  49. ewaktu ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh oleh PKR, Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk agar kes tersebut dibuka semula.

    ReplyDelete
  50. jika demikian, kasi keluarlah kes penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia berjumlah sebanyak RM3 bilion.

    ReplyDelete
  51. Ini jauh lebih besar dari tuduhan yang mereka buat terhadap Musa Aman mahupun Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

    ReplyDelete
  52. Sebelum ini pembangkang banyak menyebelahi ICAC malah menggesa SPRM mencontohi tugas mereka dalam membanteras rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka menyebelahi ICAC tetapi meragui keputusan mereka dalam kes ini?

      Delete
  53. Tetapi kini apabila ICAC bersihkan Ketua Menteri Sabah, mengapa mereka tidak boleh terima?"

    ReplyDelete
  54. Until now they still could not accept reality.

    ReplyDelete
  55. RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid
    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    Saya, Abdul Dato ‘Murad Bin Khalid (No Kad Pengenalan 531215-08-5957), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku sebagai berikut: -

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

      SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
    2. SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM.

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
    3. SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI.

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
  56. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya.

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
  57. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -

      (1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
      (2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
      (3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
      (4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
      (5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
      (6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
      (7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
      (8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta
      JUMLAH RM 121 Juta

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
  58. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar.

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
  59. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
  60. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: -

    (a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta.

    (b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta.

    (c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn.

    (d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong. Saya meminta bantuan dari Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu.

    (e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

      Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

      13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta.

      SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

      Delete
  61. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
  62. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
  63. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
  64. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
  65. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM.

    Saya kini sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan diperalatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset untuk kegunaan politik peribadi dan manfaatnya. Aset-aset yang ditahan di bawah Ben Harta bukan milik saya. Oleh itu, terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berkenaan pengurusan kuasa, termasuk penyitaan jika dibenarkan.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
  66. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
  67. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rm40-juta-sudah-siasat-rm3-bilion-anwar.html

    SEPATUTNYA SLOGAN INI BERBUNYI "TANGKAP ANWAR, SELAMATKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA"..

    Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid

    20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.
    Ditandatangani oleh penama

    DATO ‘ABDUL Murad bin Khalid
    Kuala Lumpur, 26 Okt 1999.

    SAMM BUAT LAPORAN SPRM BERDASARKAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN.. TAPI KENAPA SAMM TIDAK BUAT LAPORAN SPRM BAGI KES RM3 BILION ANWAR SELEPAS ABDUL MURAD BUAT AKUAN BERSUMPAH???

    ReplyDelete
  68. Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Ramli Jurit mempersoalkan tindakan Pas yang hanya berdiam diri berhubung isu RM 3 Billion yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti mana yang didedahkan oleh bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid.

    ReplyDelete
  69. Menurut beliau, Pas sepatutnya tidak menyebelahi dan membela Anwar dengan mengatakan bahawa ini semua adalah konspirasi politik UMNO, sedangkan isu ini timbul berpunca daripada pendedahan bekas Gabenor Bank Negara tersebut.

    ReplyDelete
  70. “Pas sebagai sebuah parti yang berlabelkan Islam, sepatutnya mendokong keadilan dan kebenaran. Janganlah Pas menganggap kebenaran dan keadilan itu hanya di pihak Pakatan Pembangkang saja, tetapi apabila tiba di pihak kerajaan, semuanya itu fitnah dan konspirasi.

    ReplyDelete
  71. “Bagi kami, Pas tidak boleh bersikap berat sebelah. Sekiranya isu RM 3 Billion ini melibatkan pemimpin UMNO, sudah tentu suara merekalah yang paling lantang sekali. Sebagai contoh isu Datuk Seri Shahrizat Jalil.

    ReplyDelete
  72. Sekiranya Pas berterusan bersikap begini, rakyat akan muak dan jelak apabila melihatkan pertimbangan berat sebelah kepimpinan Pas dalam pelbagai isu seperti yang diperlihatkan oleh parti tersebut selama ini.

    ReplyDelete
  73. “Saya yakin, Pas akan dihukum oleh rakyat pada PRU13 ini kerana terlalu bersikap asyobiyah dan berat sebelah, terlalu mudah termakan hasutan serta bersikap syak wasangka biarpun tanpa sebarang bukti. Biarpun di pihak Anwar, terlalu banyak bukti yang sudah muncul, namun Pas tetap secara membuta tuli terus menyokong dan mempertahankan Anwar semata-mata demi kepentingan politik mereka,” jelasnya lagi.

    ReplyDelete
  74. Selain itu, beliau juga meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bertanggungjawab di atas setiap isu-isu yang timbul membabitkan diri beliau.

    ReplyDelete
  75. “Anwar selama ini terlalu banyak berbicara tentang masalah rasuah, kroni dan konspirasi yang dikaitkan beliau dengan UMNO. Beliau juga seringkali memperkatakan tentang intergriti dan maruah.

    ReplyDelete
  76. “Hari ini, dengan isu rasuah, kronisme dan juga skandal seks yang melibatkan dirinya, beliau sepatutnya mengotakan kata-katanya berdasarkan prinsip dan maruah, dengan tindakan seperti meletakkan jawatan misalnya, untuk menjaga intergriti dan maruah parti PKR serta Pakatan Pembangkang. Tetapi saya yakin, Anwar tidak akan melakukannya kerana isu moral, maruah dan intergriti permainan lidahnya dan bukannya menjadi amalan dalam politik beliau,” akhiri Ramli.

    ReplyDelete
  77. Should I say this is exaggerated?

    ReplyDelete
  78. From what I have seen so far, this is absolutely nothing but a mistake.

    ReplyDelete
  79. By making all these things won't make the opposition look so professional.

    ReplyDelete
  80. More like to tarnish the government image.

    ReplyDelete
  81. Percaya atau tidak, di mana saja Anwar Ibrahim berada maka di situ akan wujud budaya politik wang sehingga mampu menggugat dan mencemarkan budaya yang terdapat di dalam mana-mana parti yang dia jangkiti.

    ReplyDelete
  82. Selesai mendapat ijazah am jurusan Pengajian Melayu di Universiti Malaya (UM), Anwar Ibrahim menyertai UMNO meskipun dia sebelum itu sangat rapat dengan PAS dan merupakan anak angkat kepada salah seorang tokoh PAS, Allahyarham Yusuf Rawa.

    ReplyDelete
  83. Sejak menyertai UMNO pada awal tahun 80’an, Anwar pada mulanya dilihat begitu “naif” dan seolah-olah “lurus bendul” apabila dia perlu digilap serta diajar serba serbi, termasuk cara berpakaian dan penampilan diri.
    Tapi, jangan sangka “tiada buaya di air yang tenang”, Anwar sebenarnya lebih “ganas” dan “merbahaya” dari buaya!

    ReplyDelete
  84. Rakyat pelru bijak menilai setiap maklumat yang disampaikan di dalam media alternatif.

    ReplyDelete
  85. Sebenarnya mereka yang mengritik Musa dengan berbagai tuduhan yang direka...

    ReplyDelete
  86. adalah mereka yang cemburu kepada kejayaan Ketua Menteri itu.

    ReplyDelete
  87. dan mereka ini akan terus mencari jalan untuk menjatuhkan imej dan nama baik MA

    ReplyDelete
  88. supaya rakyat akan kurang keyakinan mereka untuk terus menyokong BN terutamanya di bawah pimpinan MA

    ReplyDelete
  89. nescaya, pihak pembangkang ini tidak akan berhenti selagi apa yang mereka mahu tidak dikecapi/tercapai

    ReplyDelete
  90. kita semua tahu bahawa MA adalah seorang pemimpin yang berkebolehan untuk meningkatkan prestasi ekonomi Sabah

    ReplyDelete
  91. nyatalah dengan ini, pihak pembangkang akan sedaya-upaya untuk menjatuhkan nama baik MA

    ReplyDelete
  92. Rafizi hanya mahukan publisiti unutk dirinya

    ReplyDelete
  93. rakyat janganlah mudah dikelirukan dengan dakwaan Rafizi ini

    ReplyDelete
  94. adakah Rafizi serius untuk mahu membanteras rasuah?

    ReplyDelete
  95. atau beliau mempunyai agenda tersendiri?

    ReplyDelete
  96. hanya Rafizi sendiri saja yang tahu niat sebenar...

    ReplyDelete
  97. but I think he should start fighting corruption within his party first...

    ReplyDelete
  98. samada parti itu baik atau tidak, terserah kepada rakyat untuk menilai sendiri

    ReplyDelete
  99. jika ada parti yang disukai oleh rakyat, mereka bolehlah terus memberi sokongan terhadap parti itu.

    ReplyDelete
  100. beginilah politik..kalau sudah pilihanraya makin dekat

    ReplyDelete
  101. for sure, many reasons will be given by the opposition when the general election is just around the corner...

    ReplyDelete
  102. one of the examples played by the opposition's campaign, Sabah was allegedly suppressed by the government of Putrajaya and they want to claim reform

    ReplyDelete
  103. am sure the opposition would not 100% honest with the rakyat

    ReplyDelete
  104. Sepanjang tempoh lima dekad sejak 1963, hanya ada tiga orang pemimpin di Sabah yang berjaya memegang jawatan Ketua Menteri Sabah bagi tempoh yang lama. Antara pemimpin-pemimpin itu ialah Tan Sri Harris Salleh, Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Seri Musa Haji Aman. Secara kebetulan, ketiga-tiga pemimpin ini telah dan sedang memegang jawatan tersebut bagi tempoh 9 tahun. Bermakna sepanjang tempoh lima dekad ini belum ada Ketua Menteri Sabah yang berjaya melepasi tempoh 10 tahun. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa Datuk Musa Aman akan memecahkan rekod pemerintahan paling lama atau melepasi tempoh 10 tahun bagi kerajaan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  105. tidak mustahil Datuk Musa mampu terus memimpin negeri ini untuk beberapa penggal lagi berdasarkan reputasi cemerlang pemerintahan beliau sejak mengambil-alih tapuk pemerintahan negeri Sabah. Walaupun ada segelintir rakyat di negeri ini yang kurang berpuas hati dengan hasil pimpinan beliau, namun situasi itu bukan ditahap yang kritikal melainkan sekadar "disensasikan" oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Walaupun pembangunan di negeri ini masih tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, malah masih wujud masalah-masalah seperti kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mempertikaikan kemampuan pimpinan Datuk Musa Aman kerana penduduk di setiap kawasan mempunyai Wakil Rakyat mereka sendiri yang lebih tepat untuk dpersalahkan. Dan yang paling penting sekali ialah pembangunan atau transformasi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu proses yang berterusan, bukannya mengikut penggal lima tahun.

    ReplyDelete
  106. Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor. Fakta ini sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran bahawa Datuk Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  107. Walau bagaimanapun, keluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini. Buktinya, rezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman juga berjaya menarik ramai pelancong dan pelabur yang akhirnya mendorong kepada pelaksanaan pelbagai projek-projek pembangunan di negeri ini.

    Mungkin disebabkan reputasi cemerlang Datuk Musa Aman, ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang cuba untuk menjatuhkan beliau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa bersekongkol dengan orang luar yang berpotensi menjahanamkan ekonomi negeri Sabah.

    reputasi cemerlang Datuk Musa Aman ini akan membantu beliau memecahkan rekod pemerintahan paling lama di negeri ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.