`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, December 24, 2012

Video Keganasan Pencacai UMNO terhadap Konvoi Oren tersebar!! Saksikanlah betapa ganasnya mereka!!



Berikut adalah rakaman kejadian beberapa orang Samseng UMNO menyerang konvoi Oren Negeri Sembilan baru-baru ini..

Meskipun mereka menyedari adanya anggota Polis ditempat kejadian namun kerana menyedari mereka dilindungi oleh mereka yang lebih berkuasa dari Pihak Polis, kehadiran anggota Polis di situ tidak memberi sebarang makna bagi mereka..

Sebelum itu.. baca laporan dari Free Malaysia Today ini dulu..

TAMPIN: Konvoi Oren “Selamatkan Felda” peringkat Negeri Sembilan semalam tercemar apabila dua peserta konvoi cedera dan cermin sebuah kereta pacuan empat roda milik peserta turut pecah.

Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Tampin apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN menghalang peserta konvoi seramai 200 orang meneruskan perjalanan.

Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.

“Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.

“Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.

“Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.

“Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.

“Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi,” kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol..

Noraza Muda cedera di kepala sementara Razali Rashad di kening. Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang tidak dikenali di jalan utama berhampiran simpang masuk Felda Bukit Rokan Utara.

Konvoi Oren NS dibatalkan

Berikutan kejadian itu Noraza, Razali dan kepimpinan PAS dan PKR yang menyertai konvoi itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Jempol di Bandar Seri Jempol.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di hadapan IPD Jempol, berkata peserta konvoi berkereta itu hanya berhasrat memasuki kawasan Felda untuk seketika, memberikan sedikit ucapan ringkas dan mengedar risalah.

“Saya kecewa dengan pihak polis yang hanya memerhatikan sahaja kejadian peserta konvoi kami diserang.

“Saya mendapat maklumat, bahawa di lokasi seterusnya iaitu di Felda Jelai, mereka menunggu kami dengan besi, kayu dan batu.

“Mengambil kira keselamatan peserta dan saya tidak mahu lebih ramai tercedera, saya mengambil keputusan untuk membatalkan konvoi ini’” ujar Mazlan.

Halangan di Felda Kepis dan Felda Bukit Rokan Barat

Sebelum itu, konvoi Oren dihalang masuk di Felda Kepis oleh lebih 100 penduduk tempatan dan tidak dibenarkan masuk oleh hampir 80 penduduk Felda Bukit Rokan Barat.

Kepimpinan PAS dan PKR hanya memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan utama dan beredar ke Felda Bukit Rokan Utara sebelum insiden buruk itu berlaku.

Jika tidak kerana insiden peserta Konvoi Oren diserang dan tercedera, sepatutnya peserta dengan 80 kenderaan meneruskan konvoi ke Felda Jelai, Felda Palong 4, 5 & 6, Felda Lui Selatan dan Felda Serting Hilir.

Ini merupakan insiden ketiga membabitkan kekecohan terhadap peserta Konvoi Oren. Sebelum ini kekecohan terhadap Konvoi Oren turut berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak pada 03 November lepas dan di Felda Jengka 11 pada Ahad lalu.

Dalam kedua-dua kejadian itu penduduk Felda terbabit bertindak menghalang peserta konvoi daripada memasuki kawasan Felda tersebut.

Penganjur nafi peserta berkeras masuk Felda

Sementara itu Kordinator Konvoi Oren Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang melaporkan kekecohan berlaku apabila penganjur dan peserta tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.

Mohd Hassan juga menafikan bahawa kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motorsikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.

“Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa kami tetap berkeras untuk masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

“Menyedari bantahan penduduk di situ yang saya kira sebagai ahli atau penyokong Umno dan BN (yang membawa bendera Umno dan BN) terhadap kehadiran konvoi kami, memang kami sepakat untuk tidak menimbulkan sebarang ketegangan dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.

“Sebaliknya kami hanya mahu lalu Jalan Jelai – Dangi untuk ke Felda Jelai. Tetapi mereka menghalang kami dan mengadakan sekatan jalan di jalan utama Jelai – Dangi tersebut.

“Kami berunding dengan mereka untuk lalu jalan tersebut ke Felda Jelai tetapi belum sempat berunding kami diserang. Ketika mereka meluru pada kenderaan kami itulah, kenderaan pacuan empat roda yang berwarna kuning berundur untuk selamatkan diri dan dalam keadaan kelam kabut itu kenderaan itu terlanggar sebuah motorsikal secara tidak sengaja.

“Bukan kami sahaja tersekat malah pengguna awam jalan tersebut turut tersekat. Apakah tindakan mereka membuat sekatan di jalan utama merupakan satu tindakan sah di sisi undang-undang? Apa tindakan polis? Polis memerhati sahaja. Persoalannya siapa membuat provakasi?” soal Mohd Hassan.

Turut hadir dalam Konvoi Oren “Selamatkan Felda”peringkat Negeri Sembilan semalam ialah Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim; Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh; Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah dan Ahli Jawatankuasa Anak, R Tangam dan Naib Ketua Cabang PKR Jempol, T Kumar.

- ASD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.