`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 31, 2013

SAMBUT KAAMATAN DALAM KELAINAN



MULA.....pelepasan peserta merentas desa kategari kanak-kanak dan remaja sempena Pesta Kaamatan peringkat Kampung Biah Tengah anjuran PRIBUMI'S.

SOOK : Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Biah Tengah menampilkan keunikan tersendiri menerusi pertandingan ‘’Merentas Desa”. Seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai acara Larian Perpaduan anjuran Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) daerah Sook.

Upacara pelepasan larian disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PRIBUMI’S, Johny Alfred Angin pada pukul 7.30 pagi di perkarangan balai raya kampong Biah Tengah. Sebanyak 10 kategori penyertaan dipertandingkan yang melibatkan acara larian sejauh 3 km hingga 6.5 km mengikut kategori.
Menurut Ketua Penerangan PRIBUMI’S Syed Kamalrul Sufian larian bertemakan Perpaduan itu merupakan antara inisiatif PRIBUMI’S memperkukuh perpaduan kaum dan keharmonian hidup bermasyarakat pelbagai etnik sesuai dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kekalkan Muhibbah dan Persefahaman Melalui Kaamatan’.

Pihak penganjur berhasrat untuk menganjurkan acara ini pada setiap tahun untuk terus mengeratkan perpaduan dan semangat muhibbah di kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini. Pelbagai acara telah diaturkan sepanjang sambutan tersebut. Antaranya adalah pertandingan unduk ngadau, nyanyian Sugundoi, memasak makanan etnik suku kaum Sabah, sumazau dan pakaian tradisi terbaik. 

Kemuncak pada acara sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampong Biah Tengah ini akan diadakan pada 8 jun depan dan dijangka akan dirasmikan oleh ADUN N37 Sook, Datuk Ellron Angin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.