`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 29, 2013

Apa Sudah Jadi | Suami Isteri Parah Ditetak

MANJUNG – Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koh, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum menyerang.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.

Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan dan kedua-dua mangsa cedera di tangan dan kaki.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.

Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

“Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

"Kita masih belum kenal pasti motif serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.-sinar harian

Ps : Syukur Malaysia Masih Aman...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.