`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, October 31, 2013

Kakitangan AMBANK Di Ugut?


Bhai/DeeDee sekalian...

Yang mati bukan mereka.... Yang cedera bukan mereka.... tapi yang mati dan cedera adalah rakan-rakan mereka dalam bidang yang sama.... namun para doktor dan jururawat disebuah hospital di China bangkit menuntut hak keselamatan yang selayaknya untuk mereka...

Inilah yang sepatutnya berlaku.... keprihatinan bukan sahaja untuk diri sendiri... tapi solidariti untuk kepentingan semua dimasa akan datang... Lu tak tau biler masa plak lu akan kena... Lu tak tau plak bila masa lu akan jadi mangsa....

Tapi dalam kes rompak dan bunuh di AMBANK USJ.... takder sorang pon pekerja AMBANK yang nak ambik cakna... nak buat bantahan secara serius bagi kepentingan keselamatan diri mereka..... agaknyer mereka takut dengan pengurusan AMBANK kot... agaknyer mereka semua telah diugut.... Gua tak tau.... tapi yang pasti... sudah lebih seminggu... takder satu pon anggota dan kakitangan AMBANK meluahkan rasa tidak selamat mereka atas kes kejadian rompak dan bunuh di AMBANK USJ

Takper la kot... maybe diorang takut dengan pengurusan AMBANK... maybe diorang diugut..... Tapi satu jer nasihat gua.... takkan nak tunggu lu orang jadi mangsa dulu baru nak bising..... hahahaha..... masa tue .... tak guna dah nak bising... dah masuk 6 kaki dalam tanah baru nak kepoh... baik tak payah.... baik lupakan sajer la....

Berkaitan : Perlu Tubuhkan Satu Suruhanjaya DiRaja


BEIJING - CHINA. Kakitangan sebuah hospital di Wenling, timur wilayah Zhejiang membuat bantahan selepas seorang pesakit membunuh seorang doktor dan mencederakan dua yang lain, menurut media tempatan, kelmarin.

Puluhan doktor dan jururawat hospital itu memakai kot putih dan topeng pembedahan ketika berhimpun di luar pekarangan hospital tersebut. 

Mereka turut melaungkan slogan menggesa hak keselamatan kakitangan perubatan dilindungi berikutan sektor kesihatan di negara itu masih tidak mendapat perlindungan sepenuhnya. 

Jumaat lalu, seorang pesakit bertindak menikam seorang pakar dan menyerang dua doktor lain kerana tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan hidung yang dilakukan ke atasnya, laporan dipetik dari AFP.

-cipantapirtenuk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.