`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 16, 2014

Beli Kain, Beli Kasut Pun Ada Cukai GST Kata Menteri.

Jika kerajaan kuat maka rakyat juga akan kuat? Apa kena mengena dengan rakyat pula kalau kerajaan kuat merasuah? Kuat menyeleweng? Kuat membohong? Kuat merompak? Kuat menyalahgunakan kuasa? Kuat makan duit cukai?

Jika kerajaan kuat merasuah, rakyat juga akan kuat melawan.

Gunakan ayat yang betul untuk terangkan keadaan sebenar wahai menteri. Jangan spin sana sini untuk menutup pembohongan korang.

Yang aku pelik bin heran bilamana menteri Shabery Cheek menyebut ;

Beli kain kena cukai, beli kasut kena cukai, jadi mereka tidak boleh lari dari cukai.. ini kerana GST ialah cukai berbentuk kepenggunaan. Apa2 yang kita beli akan dicukaikan. Maka ini menyebabkan mana2 pihak yang lari dari cukai ataupun menipu (mengelak dari cukai pendapatan) tetap akan terpaksa membayar cukai kepenggunaan angkara GST.

Dan, perkara2 ini juga akan dirasai oleh warga2 asing kat negara neh. Mereka juga terpaksa membayar cukai setiap kali membeli. So tiada sesiapa pun yang akan dapat lari dari cukai dengan GST.

GST ini penting kerana ;

1. Kerajaan nak bina jalanraya yang lebih baik.

2. Bina hospital yang lebih baik.

3. Sediakan prasarana untuk rakyat Malaysia

Itula lebih kurang sedikit sebanyak maksud yang ingin disampaikan Shabery Cheek.

Hish..

Beli kain pun ada cukai?

Beli kasut pun ada cukai?

Sohai betul.  

Masa nak kutip duit dari rakyat kemain lembut lagi bahasa menteri2 kita. Usah kata pijak semut tak mampos2, bahkan siap tolong semut lintas jalan lagi.

Tapi bila dah dapat kutip cukai, usahkata hospital kerajaan bertambah baik, komplain sikit terus kena halau suruh ke luar negara. Balik2 lagu bersyukur dimainkan dengan lagu terima kasih diselangselikan pula dengan lagu negara kita aman damai dan sudah tentu paling terbaik, paling terbagus, paling terbetul, segala macam paling la menteri2 kita akan sebut tentang Malaysia. Bila check data2 stastistik antarabangsa, tak pula nampak macam Malaysia paling bagus dalam semua perkara. Hantu punya menteri. Ingat rakyat BODOH NAK MAMPOS ke apa macam korang semua?

Apa2 pun bersedia la kawan2.

Esok lusa mungkin ada orang pakai baju sikit2. Pasal nak beli kain pun kena bajet2. Hatta yang takde cukai pun berlambak2 pakai seksi. Inikan pula bila ada cukai. Jika dulu alasannya saya tak menutup aurat sebab belum sampai seru. Mungkin sekarang, saya tak menutup aurat sebab belum mampu bayar cukai mahal2.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lihat video ; 
Klik sini jika video gagal load.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.