`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 10, 2014

LAGI SATU BERITA YANG TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH TV3, RTM, UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... SEJAK MENJADI MB SELANGOR TAHUN 2008, TAN SRI KHALID TIDAK AMBIL SATU SEN PUN ELAUN/GAJI DI SEMUA GLC BELIAU MENJADI LEMBAGA PENGARAH!!!



Semua pendapatan yang diperoleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor dipulangkan kembali kepada Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata pendekatan terbabit dilakukan sejak beliau menjadi Menteri Besar pada 2008 sehingga kini.

"Sejak menjadi Menteri Besar, saya membuat keputusan, semua pendapatan saya dalam GLC saya pulangkan kembali kepada Kerajaan Negeri.

“Saya boleh terima gaji, tetapi saya serahkan semula kepada syarikat-syarikat GLC. Kebiasaannya hasil pendapatan syarikat itu jika untung banyak, saya akan dapat.

“Namun, di Selangor kita tidak amalkan kerana ia dijadikan sebagai disiplin. Jika kita masukkan orang menjadi Ahli Lembaga Pengarah, tentu akan memilih syarikat yang baik dan mendapat keuntungan yang banyak.

“Tetapi apa yang penting, sebagai Ketua Eksekutif, kita perlu mencari syarikat yang boleh dipulihkan, oleh itu kita tidak boleh memilih syarikat yang tidak untung dan tidak boleh membayar dividen kerana ia sudah menjadi tanggungjawab kita memulihkan syarikat terbabit,” katanya yang menjawab soalan tambahan dari R.Rajiv (DAP-Bukit Gasing).

Abdul Khalid berkata demikian merujuk kepada soalan dari Amiruddin Shari (PKR-Batu Caves) yang bertanyakan soalan berhubung sumbangan tanggungjawab korporat sosial (CSR) oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Beliau berkata setakat ini, peruntukan CSR adalah berjumlah RM45 juta dan 85 peratus daripada peruntukan itu dibelanjakan untuk pengurusan bola sepak.

“Manakala RM5 juta kepada Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) dan RM1 juta untuk program Mikrokredit Miskin Bnadar (Mimbar) dan selebihnya untuk projek pembangunan Kampung Baru termasuk geran Selangorku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.