`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 10, 2014

NGO Pro UMNO mahu Peguam Negara letak jawatan sebab lembik..


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pemerintah mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail letak jawatan kerana didakwa gagal menjamin integriti sistem perundangan negara sejak tahun 2008.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, Abdul Ghani sebagai Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan Pusat itu didakwa tidak dapat menjalankan tanggungjawab secara berkesan sehingga kini.

"Tujuan kami mendesak Abdul Ghani letak jawatan serta merta kerana sejak tahun 2008, dia ditugaskan membantu kerajaan membina satu negara aman dan damai menerusi sistem perundangan yang efektif sebaliknya gagal dan keadaan menjadi huru-hara selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

"Jika beliau (Abdul Ghani) menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan tidak mungkin isu yang memporak perandakan kemajmukan rakyat.

"Antaranya kes-kes demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, cubaan guling kerajaan, menghina dan mempertikaikan agama rasmi negara, kedaulatan negara dan sultan masih tertangguh siasatan," ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ramesh memberitahu, insiden-insiden itu tidak tercetus sekiranya Ghani dapat menjalankan amanah itu dengan cekap dan telus.

Ramesh juga menyerahkan memorandum kepada pegawai Peguam Negara, Asmawar Samad dan difahamkan, NGO-NGO terbabit telah diberi tempoh seminggu untuk membincangkan bersama Peguam Negara serta membalas tuntutan NGO-NGO berkenaan.

Dalam pada itu, tambah Ramesh, kejadian fitnah melampau dalam media sosial Facebook dan Twitter, penerima dana-dana asing dibiarkan berleluasa, penghinaan pemimpin negara, peguam dan pengamal undang-undang kerajaan dijadikan bahan jenaka yang masih gagal ditangani selain tidak mengetahui status siasatan kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu Abdul Ghani memberi penjelasan status kesemua perkembangan kes-kes yang belum selesai dan bila tindakan akan diambil terhadap pelaku-pelaku jenayah terlibat.

"Bayangkan kita sejak di bangku sekolah diajar agama rasmi negara ialah Islam dimana ia tak perlu dipertikaikan lagi tetapi kini ia dipersoal secara terang-terangan oleh beberapa pemimpin dan individu tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, adakah itu bermakna undang-undang negara kita longgar atau Peguam Negara tidak berperanan menasihati polis dan bertindak tegas terhadap apa yang berlaku.

"Selain itu fitnah melampau dalam media sosial yang bertindak menyemarakkan sentimen perkauman dan kemarahan sememangnya telah disedari beliau sebagai Peguam Negara yang dilantik Yang Dipertuan Agong, tugas Ghani seharusnya memastikan tak kira siapa memerintah negara, untuk menasihati kerajaan yang terbaik dalam perundangan dan bertindak mencegah segala ugutan dan ketegangan.

"Andai kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ghani sudah lama dipecat dan dihalau kerana banyak isu jenayah dan kes besar masih belum diselesaikan.

Ramesh juga turut mempersoalkan keredibiliti dan intergriti Ghani kerana beberapa kes besar antaranya kes Lahat Datu masih belum diselesaikan dan dalang sebenar disebalik kejadian itu masih belum didedahkan.

"Kami rakyat mahukan intergriti sistem perundangan negara sentiasa terpelihara dan pada masa yang sama meyakinkan rakyat bukannya undang-undang yang terlampau longgar sehingga membolehkan pesalah terlepas hukuman.

"Maka ia jelas menunjukkan Ghani gagal sebagai Peguam Negara dan langkah terbaiknya ialah beliau harus meletak jawatan yang sedang disandang itu kerana lebih ramai peguam yang berwibawa bersedia untuk menerajui amanah itu.

"Kita tidak nampak ketelusan dan intergriti dalam menangani kes-kes besar ini dan jelas nampak rakyat didahulukan tidak berfungsi di sini lagi. Kami mahukan satu perubahan atau transformasi untuk membentuk satu sistem perundangan yang tegas telus dan disegani rakyat," katanya lapor MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.