`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 30, 2014

Awkward Agama - Bagaimana Hendak Menangani Kes Nafsu Membuak Orang Islam Yang Tak Berapa Islam?

Sebagai orang Islam, aku tanya kau satu soalan yang cukup mudah. "Bagaimana seorang lelaki Islam yang belum berkahwin nak menangani nafsu yang mencanak?"

Macam mana?

Lelaki Islam tidak boleh ;

1. Melayan pelacur
2. Melakukan masturbasi
3. Menonton porno
4. Menggeselkan zakar pada pokok dengan tujuan mengeluarkan air mani

MACAM MANA?Kalau kau tanya Ustaz, Ustaz kata

1. Ambil wuduk
2. Berdoa
3. Solat sunat
4. Ingat Allah
5. Takut dengan neraka

..............dan bermacam2 lagi lah jawapan yang sebenarnya, realitinya, langsung tak membantu seorang lelaki Islam yang tak berapa Islam menghilangkan gelodak nafsu serakah. Jadi, lelaki akan salahkan wanita.

Wanita pakai seksi. Wanita tayang cleavage. Wanita suka bend over. (walaupun aku menulis sedemikian tetapi wanita masih lagi TIDAK PATUT menayangkan cleavage dalam apa cara sekalipun kecuali bersama suami dan menyusu anak)

Lelaki juga akan salahkan media barat. Pelakon wanita pakai seksi. Pelakon wanita tayang cleavage. Pelakon wanita suka bend over. Bila dah makin parah dan situasi tu dah tak terkawal ; apa yang lelaki akan buat?

Lelaki akan salahkan wanita mangsa rogol. Lelaki akan kata yang wanita rogol itu juga khayal dadah. Lelaki itu kata wanita itu juga gian nak rasa zakar. Lelaki akan kata wanita itu juga suka apa yang dia lalui. Lelaki itu juga akan kata yang wanita itu sebenarnya tak sebaik mana, terlalu sosial, buas dan memang suka geli-geli dengan lelaki lain. Lelaki akan kata, "kau tengok la minah tu, dia pun pakai ketat, rambut merah, kau expect apa dengan perempuan camtu?"

Itulah yang selalu terjadi kan? "Mangsa rogol yang goda saya. Mangsa rogol yang tunjuk cameltoe dia. Mangsa rogol yang jilat bibir dia dengan gaya seksi."

Kepada para ilmuwan agama yang handal2, aku ajukan satu persoalan,

"macam mana kau nak suruh lelaki buruk akhlak
jangan rogol wanita dengan gunakan alasan
dia perlu takut Allah....
sedangkan dia langsung tak takut Allah?"

Kau boleh ganti  "Jangan rogol wanita" tu dengan "jangan melakukan masturbasi" atau "jangan tengok porno" atau "jangan mengintai perempuan berak" sebab semua tu sama relevannya.

Islam tu sempurna. 

Mesti ada cara lain nak "bantu" Muslim Horny Bastard yang berada di luar sana. Mesti ada cara kau nak bantu orang2 Islam yang tak takut Tuhan dia sendiri sekurang2 nya supaya dia tak rogol orang lain.

Siapa genius cuba jawab.
Kalau kau jawab "legalkan pusat pelacuran!" kau bukan genius.

Aku harap 38 orang yang rogol minah 14 tahun tu dijadikan case study untuk kita analisa, apa kesan hudud kepada masyarakat kita. Penjara aje tak cukup untuk orang2 camni. Mungkin dalam keadaan macam ni, mati lagi elok diorang ni. -cursingmalay.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.