`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 7, 2014

Akaun palsu dicipta untuk rosakkan imej politik saya

Satu akaun baru telah dicipta berikutan terdapat dakwaan yang mengatakan David telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di laman Facebooknya.
fb_misc_shot_300PETALING JAYA: Seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star), David Orok berkata terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka satu akaun baru di laman Facebook yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan merosakkan imej politiknya.
Menurut beliau, usaha mereka untuk melabelkan saya sebagai penghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW baru bermula.
“Saya memohon kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan supaya jangan terpedaya dengan akaun palsu ini.
“Ini adalah kerja musuh-musuh politik saya yang mempunyai tujuan untuk merosakkan kerjaya politik saya dan juga nama baik parti Star secara keseluruhannya,” katanya di laman Facebooknya.
Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling ada membuat kenyataan dengan mengatakan perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah agama lain hanya memusnahkan perpaduan dan keharmonian Negara.
Beliau berkata demikian merujuk kepada David yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di laman Facebooknya.
David juga sebelum ini telah memuat naik statusnya pada 5 Julai lalu, menyatakan tidak ada pihak yang membuat laporan polis apabila orang bukan Islam pula yang dihina.
Hari ini, beberapa NGO Sabah turut membuat laporan polis terhadap Orok antaranya, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns), Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) dan Pergerakan Pemuda Umno Putatan.
Mereka meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.
David Orok juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.