`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 21, 2014

Cara Solat Sunat Tahajjud

solatsunattahajjud


Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun begitu waktu yang paling utama untuk melaksanakan solat Tahajjud itu adalah sepertiga malam yang terakhir (akhir pukul 3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat sunat Tahajjud ini kebiasaannya digandingkan dengan solat sunat witir sebagai penutupnya.  

Dalil disyariatkan solat tahajjud adalah seperti firman Allah swt : 


surahal-Israa'ayat79

Maksudnya : 
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Solat Tahajjud" padanya sebagai solat tambahan bagimu ; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkan pada hari akhirat di tempat yang terpuji ~ surah al-Israa' ayat 79 . 


Tahajjud terbentuk dari kata dasar Hajjada yang bererti tidur dan tahajjada bererti tidur. Maka kata tahajjadtubermaksud saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. 


Amalan solat sunat yang paling utama di sisi islam adalah solat tahajjud . Ini sebagaimana sabda Rasullulah saw : 

Maksudnya : 

Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud) - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Shiyam, no.1163.

Saat yang paling dekat di antara Allah dan hambaNya adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah
- Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi dalam sunannya ,kitab al-Da'waat,no.3503.

Jumlah Rakaat Solat Sunat Tahajjud 

Rasullulah saw tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi 11 rakaat; baginda solat 4 rakaat,jangan kamu persoalakan akan kebagusannya dan panjangnya. Kemudian baginda solat 4 rakaat lagi,jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat 3 rakaat (witir) . 
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam sahihnya , kitab at-Tahajjud, no. 1147

Hadis di atas menunjukkan bahawa solat tahajjud ini boleh dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh dikerjakan sebagaimana tatacara solat fardu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyyat serta satu salam. 


Cara Menunaikan Solat Sunat Tahajjud 


1- Lafaz Niat Solat Sunat Tahajjud 
lafazsolatsunattahajjud
Maksud ; Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah taala

-Pada rakaat pertama ; Lepas baca al-Fatihah baca surah al-kafiruun atau mana-mana surah. 
-Pada rakaat kedua ; Lepas baca al-Fatihah baca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah. 

Selepas salam, baca doa tahajjud
doa-selepas-salam-tahajjud


 Beberapa Sunnah Dalam Melaksanakan Solat Sunat Tahajjud 

  1. Niat untuk mengerjakan solat tahajjud sebelum tidur 
  2. Cara untuk menghilangkan mengantuk
  3. Solat sunat dua rakaat sebelum mengerjakan solat tahajjud 
  4. Mengerjakannya di rumah 
  5. Doa Solat Tahajjud 
  6. Membangunkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat sunat tahajjud 
  7. Boleh mengeraskan atau memperlahankan bacaan. 
  8. Memanjangkan waktu mengerjakan solat sunat tahajjud
Hikmah / Kelebihan Solat Sunat Tahajjud 

  1. Dikurniakan Kedudukan Yang Terpuji 
  2. Memudahkan Apabila Hisab dan menuju ke titian sirat 
  3. Dikurniakan Bilik Khas Di Syurga Nanti
  4. Membentuk Keperibadian Yang Mulia 
  5. Ditinggikan Darjat 
  6. Termasuk Dalam Golongan Yang Dicintai Allah 
  7. Mudah Untuk Khusyuk 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.