`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 26, 2014

Cermin muka dulu sebelum selar Tun Hamid, kata Perkasa kepada Ambiga

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata Datuk Ambiga Sreenevasan hanyalah bekas presiden Majlis Peguam dan ramai yang berkelulusan lebih tinggi daripada bekas pengerusi Bersih 2.0 itu. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Julai, 2014.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata Datuk Ambiga Sreenevasan hanyalah bekas presiden Majlis Peguam dan ramai yang berkelulusan lebih tinggi daripada bekas pengerusi Bersih 2.0 itu. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Julai, 2014.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengingatkan pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku Datuk Ambiga Sreenevasan agar tidak sewenang-wenangnya menyelar bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Ambiga hanyalah bekas presiden Majlis Peguam dan ramai yang berkelulusan lebih tinggi daripada bekas pengerusi Bersih 2.0 itu.
"Siapa Ambiga untuk memberi amaran kepada Tun Hamid? Cermin muka dulu. Ada nampak ke muka sendiri?
Semalam, dalam satu forum di Pulau Pinang, Ambiga berkata Hamid perlu mengawal kemarahan ekoran kenyataannya yang mendakwa Islam terancam di Pulau Pinang.‎
Katanya, hakim mesti berhati-hati mengeluarkan kenyataan walaupun selepas bersara kerana ia boleh memberi kesan terhadap badan kehakiman.
"Ia seperti peraturan tidak bertulis tetapi di negara lain, mereka sebenarnya mempunyai garis panduan itu," katanya.‎
Ibrahim berkata Hamid adalah seorang yang berwibawa dan tidak akan sesekali bersuara jika perkara yang ingin diutarakan amat penting. ‎
"Ambiga, hang hanya bekas presiden Majlis Peguam. Ada ramai yang lulus 'Holiday Inn' lebih hebat dari kamu.‎
"Tun Hamid adalah tokoh perundangan yang berwibawa. Rekodnya membuktikan. Bekas ketua hakim negara tidak akan bersuara tanpa sebab," katanya. ‎
Hamid dalam ucapan yang dimuat naik menerusi laman sesawangnya berkata kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kini terancam di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.‎
Katanya, ramai rakyat bukan Islam di Malaysia mahu agama mereka diberikan status yang sama.‎
Hamid juga berkata seorang bekas mufti memberitahunya sukar untuk mendapatkan peruntukan aktiviti Islam di negeri itu apabila pemimpin agama lain menuntut hak yang sama.‎
Katanya, mufti itu memberitahu dalam satu majlis perasmian bangunan oleh timbalan ketua menteri, doa turut dibaca oleh paderi Kristian, sami Hindu dan imam masjid.
Hamid hairan mengapa ulama tidak dapat melihat perangkap yang digunakan gereja Katolik yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan majlis gereja.‎
Bagaimanapun, tuduhan itu dinafikan exco kerajaan negeri yang mendakwa peruntukan untuk umat Islam di negeri itu sentiasa bertambah jika dibandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional sebelum 2008.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.