`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 9, 2014

Dalam Hotel Bersukaria Berduaan, Dalam Mahkamah Baru Teresak Menangis Sendirian

Khalwat: Pelajar IPT menangis teresak-esak

Kuala Terengganu – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau sembilan bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas dua pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama seorang lelaki di sebuah rumah tiga bulan kemudian.

Bagaimanapun, kesalahan kedua pada Julai lalu, tertuduh ditahan bersama dua lagi rakan wanitanya juga berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A’biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram, jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.

Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki.

Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di dalamnya.

Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.

Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.

Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.

Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda. Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.