`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 4, 2014

Gadis Selangor Jadi Pilihan Tengku Mahkota Johor


JOHOR BAHRU, 4 JULAI: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini dengan seorang wanita bernama Cik Khaleeda Bustamam.
Difahamkan satu mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja telah berlangsung di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru pagi semalam.Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Surat pekeliling mesyuarat itu kini mula tersebar di laman sosial yang jelas memaklumkan perkahwinan Tuanku Ismail akan berlangsung pada Oktober ini.
Khaleed berusia 20-an dan berasal dari Gombak, Selangor pernah kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Ismail.
Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik.
Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.
Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.
Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.