`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 21, 2014

IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA

IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA, LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU MENARA PJD

Perkara yang saya ingin kongsikan berkenaan Taska ni. Mohon ibu bapa yang ingin hantar anak-anak ke taska, selalu la buat spotcheck. Tak kisah la taska mana-mana pon. Tengok keadaan anak korang. Jangan mudah percaya kepada pihak taska walaupun penuh dinding taska dengan sijil-sijil dr JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Ni yang terjadi pada anak aku. Muhammad Ammar Farish, 3 bulan. Entri ni bukan niat nk aibkan mana-mana pihak tetapi untuk dijadikan sebagai pengajaran. Kat sini saya cite bagi detail skt.

Saya (Ibu) booking Taska ni dari saya hamil 5 bulan lagi. Dengar-dengar cite taska ni sangat tip top. Buka facebook taska ni pon sampai boleh jatuh hati. Tak kisah la sampai kena bayar rm380 sebulan pon janji jagaannya okey kan. Yang penting ank kita selamat.

22 MEI 2014 - Saya pergi ke taska tersebut untuk lihat keadaan taska. Masa datang ni dalam pukul 3 petang macam tu. Diorang tengah mandikan budak-budak. Masa melawat bilik baby, terpandang pengasuh A ni tengah bagi baby mkn atas riba..then ade 1 baby lagi tengah menangis dalam keadaan telentang atas tilam berdekatan dengan pengasuh A. Tetiba pengasuh A ni tarik je tangan baby yang menangis tu ke arah dia. Depan mata saya pulak tu. Terkejut saya sbb main tarik-tarik gitu je. Bukan nak bangun dan dukung baby tu. Tapi time tu aku buat-buat tak nampak la. Dalam hati saya masih lagi positive thinking.

IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA, LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU MENARA PJD
Resit taska berjumlah RM540

30 MEI 2014 - Saya dan suami g wat bayaran kat taska. Rm160(pendaftaran) + rm380 (byrn bln jun). Total rm540.

2 JUN 2014 - Sepatutnya kami hantar Ammar ke taska..tapi sebab Ammar demam dan Doktor kata ammar kena demam campak, Saya tangguhkan dulu selama 2 minggu. Mertua dan adik ipar saya jaga Ammar kat rumah.

16 JUN 14 - 1st day hantar Ammar ke taska. Bekalkan susu badan tuk Ammar. Petang tu papa dia amik, diorg ckp ammar taknak minum susu. Suruh aku tukarkan ke botol MAM. Alasan diorg puting MAM lembut. Budak-budak kat taska tu semua guna botol MAM. Bkn aku taknak bagi..Botol MAM tu ade je kat rumah, tapi Ammar tolak botol tu. Saya bagi puting dari baby..rasanya lagi lembut dari puting MAM kan. Lagi pon aku siap-siap letak semua susu dlm 5 storage botol. Diorang cuma perlu tukar puting je. Nak kata Ammar tolak dari baby, adik ipar saya yang belum kahwin dan takde sijil JKM tu boleh je bagi dia susu..habis je pon. Kena la sabar sikit. Lain la kes kalau sendal bantal atas dada biar je baby susu sendiri. Yang tu memang tak boleh la..sebab Ammar suka tolak puting dengan lidah. Balik tu saya tengok 4 botol susu dah kosong. 1 botol lagi dia letak kat poket tepi beg..susu yg dah dipanaskan tapi tak habis..


17 JUN 14 - Hari ke 2 hantar Ammar, pengasuh dia yang bernama ZAN( kalau tak silap la, sebab saya tengok nama ni yang tulis dalam buku harian Ammar) cakap lagi pasal Ammar taknak susu. Nak jugak suruh aku tukar ke botol MAM. Saya tengok buku laporan Ammar dia minum 3 kali je susu. Saya rasa pelik lak..bagi 5 botol..mana lagi susu lagi 1 botol? Saya tanya Zan ni..dia macam alih-alih cite..then cakap "oo.. kami bg sikit-sikit". Saya diamkan dulu. Then saya pergi keje. Pukul 3 petang saya bawa kakak Ammar appointment dengan doktor pakar kulit kat Hospital Pusrawi. Mula-mula ingat taknak ambil Ammar..tapi saya tergerak hati nak ambil awal. Takut karang jumpa doktor lambat pulak. So sejam sebelum ambil saya dah call pihak taska cakap saya nak amik Ammar. Pukul 2.30 petang saya sampai taska masuk bilik baby, saya cari mana la Ammar ni..sekali saya tengok Ammar ni tengah tido sambil dibedung dengan selimut yg saya bekalkan. Ok lagi la kalau bedungkan. Tapi bedung tu sampai tutup separuh muka Ammar. Nampak mata ke rambut je. Saya cepat-cepat buka kain bedung tu. Nak kata anak saya tarik selimut sampai ke muka, saya tengok tangan dia berbedung kat sisi. Camne lak dia nak tolak selimut tu kan. Saya tengok kepala dia ade bintik-bintik merah. Saya tanye kat pengasuh kat situ, dia cakap nyamuk gigit. Kat taska banyak nyamuk. Sejuk-sejuk pon nyamuk ade kat sini..kami pon pakai ubat nyamuk eletrik je la. Dah tu masa nk balik, saya terpegang tepi beg. Panas yang amat. Saya amik le benda yg panas tu, Ya Allah susu anak saya. Sepanas-panas nya. Panas macam kita bancuh air panas tu. Kalau tuang dlm mulut pengasuh tu kompom leh melecur. Yang paling saya sedih tu susu badan. Habis la zat-zat susu tu rosak..ibarat anak saya minum air kosong je la. Saya pulun bangun 4.30 pagi setiap hari semata-mata untuk buat power pumping sebab nak anak saya dapat zat dair susu ibu. Sampai taska sesuka hati je rosakkan susu saya tu dan bagi anak saya minum. Saya terus jmpa penyelia taska, Kak Ani. then saya bagi dia pegang botol tu. Botol tu pon rasa lembik..sebab terlampau panas.



Saya : kak, memang cam ni ke taska panaskan susu? 



K.Ani: eh, panas sangat ni. Salah dh ni. Rosak dh susu ni. Xleh panas cmni. Ni susu diorg panaskan untuk minum pas mandi la ni.


Saya: panas sangat ni kak. Sama je cam sy bagi air kosong kat anak saya. ( masa ni saya sebak sgt rasa). Nanti akak tolong ye pesan kat pengasuh bg susu suam2 je.

K.Ani: ok2..nanti akak bgtau diorg.


Saya pon gi kat kete dan gerak ke Hospital pusrawi. Sampai kat parking pusrawi, saya amik susu tadi bagi suami saya pegang..masih panas lagi. Bukan suam ye..tp PANAS. saya mula terpikir..kalau la anak aku nk susu tetiba..camne diaorang nak bg susu yang tengah panas sangat tu kat Ammar. Patut la duk cakap ammar taknak susu. Dah bagi susu panas..sapa nak minumkan?


18 JUN 14 - saya hantar Ammar cam biasa. Tengok buku harian Ammar..susu hari Isnin tu dia tulis ammar minum 3 sesi. Tapi hari ni saya tengok dia tambah kat bawah tu jadi 4 sesi sebab saya pertikaikan mana susu lagi 1 botol tu. Pandaikan diorg. Main ubah-ubah rekod. Saya pakaikan siap-siap sweater. Taska tu sejuk. So dah pakai sweater.. tak perlulah selimutkan dia lagi. Takut jadi cam semalam. Selimut tutup sampai hidung. Saya sampai-sampai tengok muka si ZAN ni bukan main ketat. Pastu saya ckp kat dia, kak tak payah selimut la..semalam dh sampai tutup hidung. Zan ni diam je terus amik selimut ammar, lipat dan terus blah dair bilik baby. Memang kurang adab betul. Saya cakap lembut je. Dia leh wat parent camtu. Saya syak mesti sebab penyelia diorg tegur pasal susu semalam tu. Tapi klu ikut adab..dia minta maaf la kan kat parent. Ni tak..dia.lak wat muka ngan kita. Saya sabar lagi sbb pikir Ammar duk situ..takut diorg buat pape kat dia. Balik tu suami amik ammar, zan ni buat gak muka ketat kat suami aku.

19 JUN 14 - Saya hantar ammar, nampak si zan ni suruh kawan dia layan saya. saya letak je, ammar terus menangis. Lain macam plak aku rasa.Cam biasa sikit2 sebab amar taknak botol tu..siap ckp kat diaa kalau makcik dia jg ok..takde maslah la dia nak minum susu kat sini. Aih..cam saya menipu dia uplak. Memang la ammar tak berape nk minum susu dlm botol...tapi kalau ko bersabar sikit..dia minum la. Saya dh takde mood dh.so saya ckp try la dlu.. Ptg suami saya amik, diorang bising lak kat dia pasal botol susu lagi. Siap cakap kat taska ni ade time-time minum susu. Buksn setiap masa. Agak-agak la kan baby kot bukan toddler. Baby ni susu on demand. Klu time susu tu baby kenyang lagi..takkan nak paksa gak dia minum. Klu belom sampai masa menyusu dan baby dah lapar..kena tunggu la ye time menyusu. Bodohnya peraturan. Dh tu ckp ammar tido kejap2. Pastu nangis. Ammar ni kuat berak..saya dh maklumkan. Setiap hari saya bekalkan 8 keping pampers.tapi saya tgk yg luak 3 keping. Nampak sangat dibiar je pampers penuh baru tukar..saya kenal ank saya. Sehari berak dekat 10x. Camne nak tido nyenyak kalau dah bontot bertahi. Saya decide taknak hantar dah..sakit hati sangat2. Then on the way balik ammar berak lagi. Suami saya tukar pampers dia. Buka2 pampers tengok ade mitten ammar dlm tu. Memang biadap sangat2. Logik ke benda besar tu tak perasan ade dlm pampers. Bagi saya ni khianat. Saje nak cabar saya. Malam tu ammar demam. Sejak dari duk taska tengah2 tido ammar mengigau nanges2..tido pon terkejut2. saya syak mesti diorg de wat pape kat dia

IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA, LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU MENARA PJD

20 JUN 14 - saya call owner taska En. Hussin, bagitau semuanya. Tapi owner dia cakap kat saya camne leh jadi camtu? Diorang dh lama keje dengan saya. Dari bilik baby tak pernah ade parent yang repot..gaya dia cam aku reka2 cite la pulak..pekerja cam hampeh..lagi ko nak cakap diorang okey. Puihh. Dah tu saya tanye pasal bayaran. Dia minta saya wat surat dan cakap kata saya akan siasat perkara ni n akan amik tindakan. Siap cakap. taska ni rekod beesih kat JKM

20 JUN 14 - saya hanta surat keluarkan ammar dari taska. Saya bawa ammar ke opis.

25 JUN 14 - saya call JKM KL dan cite pasal taska ni. tak ingat saya cakap dengan sapa. Tapi perempuan. Dia tanye saya ape nama taska ni. Saya cakap takpe la..tak perlu saya bgtau. tak lama pastu dia ckp ni taska tempat keje kan. Under JKR ye? taska kat Menara PJD kan. Saya tanye camne puan boleh teka taska ni. Dia cakap dah ade beberapa orang parent yg mengadu tak puas hati dengan taska ni. Haaa.amik kau..rekod bersih konon. Pirahh. Dah tu ade jugak beberapa bekas parent bagitau taska ni memang ade tak puas hati. Anak diorg tak mandi la. Kebersihan tak dijaga la. Baru la saya tau.

14 JUL 14 - baru saya dpt blik duit anak saya. Tu pon setelah menunggu bape lama. Janji nak setel minggu lepas. Tapi haram. Aku mesej tanye..tak lama pastu dpt mesej dari mybnk bagitau de transaction dari taska temanku ni RM224. Punye byk dia ambik dari rm540. Anak saya just duduk 4 hari je. Dah tu owner langsung tak bls mesej saya minta maaf lewat bayar ke apa. No wonder la kan pekerja takde adab. Bos pon camtu. takpe la. Dia nk kaya cara cmtu. Mmg saya sumpah saya tak halalkan dunia akhirat. Apa yang pekerja-pekerja dia buat kat ank saya..khianat diorang pada anak saya..mmg saya tak halalkan sampai mati. Korang merangkak la cari anak saya kat akhirat nanti..minta maaf dengan dia. Setiap titis susu saya yang korang rosakkan..saya tak halalkan dunia akhirat..hak anak saya korng rosakkan.

IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA, LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU MENARA PJD
IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA, LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU MENARA PJD
IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA, LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU MENARA PJD
IBU BAPA LUAH PERASAAN BABY DIANIAYA DI TASKA, LUAHAN HATI IBU BAYI DIANIAYA TASKA TEMANKU MENARA PJD


Alhamdulillah ammar dapat pengasuh yang baik. Walau makcik tu takde sijil dari JKM..dia boleh jaga ammar dengan baik. Ammar minum susu pon abis..takde masalah langsung siap makcik tu suruh tambah bekal susu sebab dia dah kuat menyusu. Berbeza kan orang yang jaga budak penuh kasih sayang disamping cari rezeki dengan orang yg keje jaga budak semata-mata kerana duit.

Walaupon orang rasa ni perkara kecil..bagi saya tak..saya kecewa sangat2 bila anak saya di buat camtu. Harap2 ibu bapa lainpergig la tengok2 anak korang. Kesian mak2 perah susu untuk ank tapi anak minum susu yang dah rosak khasiatnya. Jangan percaya 100% pada pihak taska. Tapi Taska Darul Hannan Masjid Wilayah memang terbaik.

Saya bersumpah demi Allah apa yang saya coretkan ni adalah perkara yg benar. Bukan rekaan saya untuk jatuhkan mana-mana pihak. - PENGADU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.