`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 14, 2014

" Inilah Antara Bukti Pertahanan Negara Sememangnya Longgar Di Perairan Sabah. ESSCOM Hanya Menghabiskan Wang Rakyat "

Mikail Daniel Abdullah (belakang) bersama temannya sewaktu bersiap sedia untuk menyelam di Pulau Mabul, Sempona, Sabah.


Secara jujurnya aku lebih mempercayai atas apa yang diperkatakan oleh penyelam ini daripada mendengar celotehan Zahid Hamidi dan Putrajaya yang tidak pernah mahu mengakui kelemahan sistem pertahanan negara khususnya di perairan Sabah.

Mana mungkin dia mereka cerita semata-mata mahu menghentam sistem keselamatan negara di Sabah. Dia punya pengalaman berulang alik ke Semporna sebagai penyelam. Inilah yang berlaku sebenarnya, aku juga berasal dari Sabah dah masih punya ramai kenalan di Sabah memang pertahanan longgar.

Perlaksanaan Esscom hanyalah menghabiskan duit rakyat. Bayangkan sebelum perlaksanaan Esscom dengan selepas perlaksanaan Esscom semakin banyak kes penculikan dan tembak menembak. 

Ada orang kata cakap memang senang, jenuh lah nak jaga punya panjang dan besar perairan Sabah. Memanglah luas tapi cerdiklah sikit, apa salahnya tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai orang diletakkan ramai kawalan keselamatan baru betul.



"Saya sifatkan apa yang berlaku di Pulau Mabul, Semporna adalah disebabkan kelonggaran pihak pertahanan mengawal perairan negara.
 
"Saya bercakap berdasarkan pemerhatian kerana saya sebagai penyelam, saya memang sering ke Pualu Mabul dan pulau –pulau berhampiran. Saya punya banyak pengalaman yang boleh dikongsi, bukan untuk mencari kelemahan sesiapa," kata Mikail Daniel Abdullah sewaktu menghubungiMalaysiaGazettepagi tadi.
 
Memang menakutkan apabila terdengar satu lagi kes serangan di Semporna apa lagi sehingga mengorbankan nyawa seorang anggota keselamatan, katanya.
 
Menurut Daniel, sepanjang berulang alik ke pulau-pulau di Semporna, belum pernah sekali pun dia  terserempak dengan bot-bot milik pasukan keselamatan negara.
 
"Paling ketara, saya pernah terlewat sampai ke Semporna menyebabkan saya tiada pilihan lain selain menaiki bot terakhir pada iaitu hampir pukul 7.00 petang untuk ke pulau.
 
"Saya bersama seorang lagi teman yang juga penyelam dan waktu itu laut agak bergelora dan kami teruskan perjalanan untuk ke Mabul.
 
"Bot yang kami naiki dipandu sangat laju oleh dua orang muda berasal dari Filipina yang tidak langsung boleh berbahasa Malaysia," jelas Mikail.
 
Kata Mikail, dia tidak pasti sama ada kedua-kua pemandu bot yang dinaiki itu orang Malaysia atau tidak.
 
"Kami tidak berbual tetapi matanya sentiasa memandang ke depan agar bot yang dipandu tidak terpesong arah.
 
"Secara peribadi, saya tertanya-tanya jika dipesongkan arah bot, saya pun tak tahu dan waktu itu saya terfikir keselamatan diri saya," katanya.
 
Menurut Mikail, bahaya diculik atau diperlakukan apa sahaja oleh pemilik bot memang terbentang di depan mata.
 
"Saya faham laut di situ sangat luas tetapi itu bukan alasan untuk tidak mengawal keadaan laut sama ada aman atau tidak.
 
"Apa juga alasan pihak berkuasa, saya masih lagi sukar untuk menerima kenyataan bahawa selama ini saya belum pernah terserempak dengan pengawal laut atau pasukan kelamatan dari negara ini," ujarnya.
 
Katanya, dia terpanggil untuk berkongsi pandangan ini kerana sedih mendengar anggota keselamatan terkorban manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik.
 
"Sebenarnya saya dah lama ingin berkongsi pengalaman ini tetapi saya takut dituduh sengaja memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan negara.
 
"Saya tak tahu bagaimana pasukan keselamatan akan menerima apa yang saya katakan ini. 
 
"Apa yang jelas, kesimpulan pengalaman saya, siapa sahaja boleh memasuki negara kita tanpa halangan apa lagi pada waktu petang hingga ke malam dan persoalannya, selamatkan kita?” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.