`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 16, 2014

Mais tiada imuniti, perlu pegang tanggungjawab, kata Aziz Bari

Masalah akan timbul jika Majlis Agama Islam Selangor (Mais) diberikan imuniti dan dilayan mengikut ego pemerintah negeri, kata Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari (gambar).
Beliau berkata, Mais perlu memastikan tidak melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan imej Sultan Selangor sebagai pembesar negeri.
Katanya, jika Mais bercakap dan bertindak mewakili pembesar negeri maka ia akan mengakibatkan masalah dan kesukaran kerana hanya akan ada satu Sultan bagi setiap negeri.
"Masalah bermula apabila Mais ditubuhkan secara formal sebagai badan berkanun. Ia entiti sah dengan hak sendiri. Ia boleh menyaman dan disaman," katanya kepada The Malaysian Insider.
Aziz merujuk titah Sultan Selangor semalam yang berdukacita berikutan kenyataan Ahli Parlimen PAS Khalid Samad mempersoalkan kuasa Mais dan mahu kuasa itu dilucutkan.
Sultan bertitah, Khalid seharusnya memahami perlembagaan negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.
"Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.
"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.
"Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang,” titah baginda semasa berucap di Masjid Pekan Sepang semalam.
Aziz yang juga pengajar jurusan sains sosial di Universiti Selangor (Unisel) berkata, apa yang diutarakan Khalid itu kurang jelas dengan mahu mengehadkan kuasa Mais.
“Bidang kuasa Mais sama dengan majlis negeri lain iaitu badan berkanun yang diberi kuasa melalui enakmen,” katanya.
Aziz berkata, kuasa eksekutif negeri dimiliki oleh ketua kerajaan negeri namun secara perlembagaannya tertakluk kepada majlis eksekutif.
“Sultan boleh memberi pandangan terutamanya dalam bidang agama yang dibawah pertimbangan baginda. Bagaimanapun, sama ada pandangan itu selari dengan perlembagaan atau pun tidak, itu cerita lain,” katanya.
Sementara itu, seorang peguam kanan berkata, Mais boleh dikritik jika pegawainya bertindak secara tidak munasabah atau melebihi apa yang dibenarkan.
“Ia tidak bermakna serangan kepada Sultan. Ini kerana badan berkanun seperti Mais juga boleh didakwa di mahkamah,” kata peguam itu yang tidak mahu namanya didedahkan.
Peguam itu berkata, dalam sistem raja berpelembagaan, Sultan perlu bertindak dengan nasihat kerajaan memerintah.
“Seperti ada yang tidak kena jika Sultan mengecam Khalid,” katanya.
Selangor ditadbir di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerjasama PKR, PAS dan DAP.
Khalid pada 26 Jun lalu menggesa Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Enakmen 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula.
Beliau mencadangkan perkara itu selepas Mais enggan mematuhi keputusan Peguam Negara untuk memulangkan Bible bahasa Melayu dan Iban yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada Januari.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.