`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 16, 2014

" Oooo Untuk Rakyat Kena Riba, Kena Denda Bila Lambat Bayar. Untuk Kroni UMNO Semuanya Zero "



Puiii, senang betul jadi kroni UMNO nih tambah lagi kenal rapat dengan PM dan isteri PM. Pinjam juta-juta, takdok riba, takdok faedah, lambat bayar hanya dengan satu surat selesai macam itu saja.

Aku tak boleh blah betul dengan Hasan Malik nih, beria-ia nafi ada campur tangan dalam Bank Rakyat alih alih lihatlah sendiri apa yang korang nampak. 

Alamat dia, nama dia, sign pun dia, nak nafikan lagi isi kandungan surat nih. Rakyat setengah mati nak buat pinjaman punya susah, siap dengan riba dan denda jika lewat bayar, yang korang menteri dalam UMNO senang-senang bagi kroni pinjaman.

Baik kau jawap isu ni Hasan Malik, toksah dok lari lagi, oooo cakap pandai bila rakyat kata ayam mahal kau suruh makan ikan atau daging. Apa kuasa yang kau ada sehingga boleh bagi kuasa mengarahkan Bank Rakyat untuk berbuat demikian terhadap Deepak. Puiii ambik lagi sekali.

Baca Sini ;

Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.

Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini.

Bermula dari hari ini, NOW akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.


Bersama-sama ini saya sertakan surat dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Datuk Mustafha Razak yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman Bank Rakyat setelah satu pertemuan diadakan di antara menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak Jaikishen pada 30 Januari 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.