`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 2, 2014

Perghh !! Tweet Azwan Ali Berbahasa Kasar Menghina Juadah Di Pasar Ramadhan ..

TWEET AZWAN ALI BERBAHASA KASAR MENGHINA JUADAH DIJUAL DI BAZAAR RAMADHAN TARAF SAMPAH TERSEBAR LUAS DI ALAM INTERNET.


Ibadah puasa baru masuk hari keempat, tetapi adik kepada Azmin Ali, Azwan Ali semalam mengamuk di Twitternya.

Entah apa yang dibelinya semalam, kemudian beliau terus meroyan mengutuk-ngutuk jualan juadah di sebuah bazaar Ramadhan yang dianggapnya sebagai sampah.

Antara tweet yang di tulisnya adalah seperti di atas .. bahasa kasar dengan huruf besar.

Selepas dikecam hebat oleh beberapa pengikutnya, beliau tetap mempertahankan kenyataannya.

Beliau  mempersoalkan keihklasan peniaga-peniaga yang dianggapnya menipu dengan juadah yang tidak setimpal dengan rupanya dan rasanya.

Memang ada sedikit kebenarannya apa yang dikatakan beliau, namun cara teguran beliau yang kasar persis menghina mungkin menyebabkan semua peniaga di bazaar Ramadhan rasa terkilan dan tersinggung.

Sebagai selebriti veteran sudah pasti cukup arif dalam memberikan komen dan seni menyampaikan pandangan ... Menggunakan bahasa kasar tidak membawa kemana pun .. Pandangan tidak didengari sebaliknya akan dipandangan sepi malahan diri sendiri akan dilihat sebagai manusia yang tidak mempunyai harga diri.

AMBOI ... AMBOI ... AMBOI ..sedapnya bahasa... jangan terlalu angkuh, bongkak dan sombong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.