`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 23, 2014

Polis buru lelaki pukul remaja kerana mencuri

Padah 'naik angin' di tempat awam, lagi kes pukul tersebar di laman sosial.
Picture 8KUALA LUMPUR: Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang telah membelasah seorang remaja yang ditangkap kerana mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, insiden yang berlaku pada September 2013 itu adalah sama sekali tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.
“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun pesalah tidak boleh diperlakukan sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.
Rakaman video selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja di bahagian muka kerana tidak berpuas hati terhadap remaja berkenaan.
Ini menimbulkan reaksi negatif dari orang ramai apabila video itu tersebar di laman-laman sosial.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.