`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 4, 2014

[RAMADHAN BULAN MULIA] Bulan Puasa Adalah Bulan Berperang Dengan Diri Sendiri

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua ummat Islam. Kita bersyukur kerana kita masih diberikan peluang untuk bersama-sama menunaikan ibadat puasa kali ini. Kita juga bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk berpuasa berbanding ada di kalangan kita yang tidak diberi kudrat untuk berpuasa.

Salam Ramadhan

Di antara kita, ada yang merasakan Ramadhan yang dilalui ini sangatlah cepat, ada juga yang merasakan tersangatlah lambat.

Cepat dan lambat Ramadhan berlalu ini boleh diukur tahap mana kecintaan kita kepada Ramadhan ini. Sebagai contohnya kalau kita cintakan seseorang itu sudah tentu masa 1 - 2 jam itu suatu yang cukup singkat, manakala jika kita bencikan sesorang itu, 5 minit sudah cukup lama untuk kita berbual dengannya.

Saya pasti anda boleh merasainya. Walaubagaimanapun, itu adalah ukuran semata-mata, tidaklah tepat untuk menghukum sebegitu.

Dalam Ramadhan yang masih awal ini, marilah kita bersama-sama mengejar rahmat Allah yang begitu banyak di bulan Ramadhan ini. Perbanyakkanlah membaca Al-Quran, Perbanyakkan sedekah, perbanyakkan selawat, Qiamullail, solat berjamaah dan sebagainya.

Salam Ramadhan untuk anda semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.