`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 16, 2014

Rupanya Ini Dalang Penculikan Di Sabah.. Saksikanlah


KUCHING : Bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari dikenal pasti dalang di sebalik pencerobohan dan perculikan di Sabah termasuk di Pulau Mabul, Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Nur Misuari terbabit dalam kes ini dengan kumpulan lain sebagai usaha mendapatkan dana bagi membentuk pasukan baru selepas kehilangan sokongan.

"Wang tebusan akan digunakan untuk membangunkan pasukan baru kerana kita tahu, dia sudah kehilangan sokongan. Malah, Misuari juga tidak mendapat sokongan terutama ketika perjanjian pendamaian GRP (Kerajaan Filipina) yang dibuat sebelum ini. 

"Malah, kita juga sudah kenal pasti dana diperolehi melalui tebusan digunakan untuk meningkatkan kekuatan seperti sebelum ini," katanya ketika menghadiri Iftar Ramadan bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Sarawak di Masjid Mujahiddin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya di sini, semalam.


Zahid berkata, kementerian tidak memandang mudah mengenai perkara sebaliknya akan terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi membanteras segala kegiatan ini. ~hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.