`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 8, 2014

Sabah cari pelancong baru

Jumlah ketibaan pelancong dari China telah menurun secara drastik kepada lebih daripada 50 peratus.
Sabah-300x202KOTA KINABALU: Jumlah pelancong dari China yang datang ke Sabah yang mengalami penurunan telah memaksa industri pelancongan negeri ini untuk mencari perniagaan di negara lain.
Tumpuan kini di arah kepada Indonesia, Korea, Eropah dan Amerika Syarikat. Kerajaan negeri berharap pelancong dari negara-negara ini akan menjadi kumpulan pelancong baru yang akan berkunjung ke Sabah.
Walaupun jumlah pelancong dari China menurun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun yakin mereka dapat memenuhi sasaran tahun ini iaitu 3.52 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan resit pelancongan dijangka mencecah RM 6.63 billion.
“Keutamaan kami adalah memberi tumpuan kepada meluaskan pasaran pelancongan di negara-negara lain untuk meningkatkan ketibaan dan mengukuhkan sektor pelancongan yang masih cuba untuk berdepan dengan kemerosotan mendadak pelancong dari China selepas tragedi MH370 dan penculikan warga Cina di pantai timur Sabah,” katanya.
Beliau menyatakan harapan tersebut sewaktu merasmikan Pameran MATTA Sabah 2014 pada hujung minggu di Kota Kinabalu, Sabah.
Masidi berkata jumlah ketibaan pelancong dari China telah menurun secara drastik kepada lebih daripada 50 peratus.
Masidi berkata kementerian itu akan melancarkan program lawatan untuk mempromosikan Sabah di Portland, Oregon pada bulan September ini.
Tiada penerbangan langsung antara San Francisco dan Sabah
“Walaupun kami tidak mengharapkan peningkatan ketibaan pelancong dari Amerika Syarikat disebabkan oleh waktu perjalanan yang lama antara San Francisco ke Sabah, tetapi ini adalah satu kesempatan besar untuk mempromosikan Sabah sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan terbaik di Malaysia,” katanya.
Aseana Air dan Korean Air kini menawarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Seoul atau melalui Hong Kong sebelum ke San Francisco.
Masidi juga berkata kementerian itu akan menggandakan usaha promosi di Singapura, Korea Selatan, dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.