`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 10, 2014

Sepatutnya mangsa serangan seksual yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan Psychiatric ..bukan si penyerang!


 Menempuh peristiwa hitam dalam hidup merupakan satu pengalaman pahit yang amat sukar dilupakan. Kesannya yang mendalam sekali, menyebabkan mangsa mengambil masa terlalu lama untuk melupakan detik yang begitu menakutkan.

 Proses pemulihan selepas hampir menjadi mangsa perkosaan melibatkan aspek mental dan tekanan emosi seseorang gadis sepertinya – Tania Billingsley.

 Lantaran terlalu kecewa dan marah dengan sikap lembab pemimpin-pemimpin negaranya mengambl tindakan, Tania Billingsley telah tampil mendedahkan dirinya sebagai wanita yang menjadi serangan sex oleh Muhammad Rizalman. 

 Beliau telah muncul dalam satu temuramah dengan stesyen TV New Zealand.Ternyata bahawa beliau tidak memerlukan sebarang rawatan mental atau emosi sebagaimana penyerangnya, Rizalman!


Dia sebagai mangsa serangan seksual, sepatutnya lebih memerlukan pemeriksaan dan rawatan Psychiatric , dan bukan penyerangnya si Muhammad Rizalman, sebagaimana yang sedang berlaku  dalam kes yang melibatkan Duta Junior Malaysia di New Zealand.


Rizalman telah ditangkap oleh polis Kiwi pada Mei lalu dan telah didakwa di sebuah mahkamah New Zealand pada hari berikutnya kerana pecah rumah dan serangan dengan niat untuk melakukan rogol. Kedua-dua pertuduhan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Duta junior itu telah lama lari ke Malaysia, dengan mengambil kesempatan daripada imuniti diplomatik.

 Kerajaan Malaysia bagaimanapun mengumumkan minggu lalu bahawa beliau sedang menjalani ujian penilaian mental dan emosi dan tidak akan dilepaskan kembali ke New Zealand untuk dibicarakan di sana sehingga pemeriksaan perubatan telah lengkap.

Tiada sebarang pengesahan lanjut mengenai tarikh sebenar kepulangannya.


 Permintaan Rizalman untuk menangguhkan kepulangannya sehingga selepas Hari Raya turut dinafikan oleh pihak berkuasa New Zealand, menurut laporan media.

Putrajaya tidak perlu mencari alasan untuk menangguhkan penghantaran Rizalman untuk dihadapkan ke mahkamah di New Zealand. Alasan yang diberikan sangat memalukan dan memualkan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.