`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 26, 2014

Terengganu Terima Royalti RM1 billion, Tetapi Rakyat Masih Hidup Susah


Tukang sapu tidak tahu gambar anak tersebar 

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sapu tidak tahu gambar kanak-kanak perempuan yang sedang tidur keletihan atas troli sampahyang tersebar dalam Facebook, adalah anaknya sendiri. 

Fazilah Mohamad, 30, berkata, dia terpaksa membawa anak tunggalnya itu bersama-sama ketika itu memandangkan tiada siapa dapat menjaganya.

“Saya tidak tahu siapa yang ambil gambar itu, tapi masa itu memang dia letih kerana ikut saya menyapu. Saya pun ke tempat kerja hanya berjalan kaki kerana tiada kenderaan.

“Saya ingat tahun depan nak hantar anak (Farah Nadiya Abdullah, 5) ke tadika supaya dia tidak lagi ikut saya ke tempat kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Fazilah, yang tinggal di Panji Alam, baru sebulan bekerja sebagai tukang sapu.

Dia yang tinggal bersama kakak dan seorang abang orang kurang upaya (OKU) berkata, dia bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga.

Katanya, kakaknya turut bekerja sebagai tukang sapu di syarikat sama, manakala abangnya ambil upah membuang sampah.


“Untuk persiapan hari raya, saya sudah beli kelengkapan baju raya untuk saya dan anak,” katanya.

Gambar yang dirakam mendapat simpati banyak pihak, termasuk seorang kakitangan kerajaan, Mohd Aziruddin Majid, 29, yang mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan untuk disumbangkan kepada Fazilah sekeluarga.

ULASAN GB

Semasa Terengganu di bawah pemerintahan UMNO BN yang dipmpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said, royalti yang telah diterima mencecah hampir RM1 billion.

Tiba-tiba ada kes yang menyayat hati di negeri Terennganu seperti di atas.

Anda tahu kemana wang royalti RM1 billion itu dibelanjakan? Ada pengauditan atau tidak dilakukan semenjak wang royalti itu diberikan? Misi ke Antartika siapa tanggung?


Kerajaan terima royalti RM938 juta



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu tidak ada terma dan perjanjian baru akan dibuat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak yang diterima Kerajaan Terengganu.

“Sehingga Mac tahun ini kerajaan negeri telah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika menjawab soalan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang).

Haji Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) mewakili Dato’ Seri Haji Abdul Hadi yang tidak hadir sidang DUN kerana ada urusan di Kuala Lumpur, meminta kerajaan negeri nyatakan terma yang dipersetujui dalam rundingan antara Kementerian Kewangan, kerajaan negeri dan Petronas untuk mengembalikan semula royalti Petroleum kepada kerajaan negeri.

Dato’ Seri Haji Ahmad menegaskan, jumlah yang sepatutnya diterima kerajaan negeri adalah RM938 juta di mana pemberian pertama sebanyak RM670 (Mac), RM150 juta (minggu ini -Mei) dan baki RM118 juta lagi akan dibayar bulan depan (Jun).

“Ini bererti jumlah keseluruhan yang akan kerajaan terima royalti minyak daripada Kerajaan Pusat adalah sebanyak RM938 juta sehingga Jun tahun ini,” katanya.

Katanya, kerajaan diberi tahu Petronas akan membayar sebanyak RM938 juta dan akan menerima jumlah berkenaan secara berperingkat sebagaimana yang dijanjikan dan ia kekal seperti dalam perjanjian asal, cuma cara pembayarannya dibuat melalui Kerajaan Pusat.

Menjawab soalan tambahan daripada Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) Menteri Besar menjelaskan, Petronas telah membuat pembayaran sebanyak lima peratus hasil royalti (RM938 juta) berkenaan melalui Kerajaan Pusat yang kemudiannya menyalurkannya kepada kerajajan negeri dan Kerajaan Pusat tidak ambil satu sen pun wang berkenaan.

“Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama berkaitan Dana Khas dulu ada peruntukan kerajaan negeri yang digunakan untuk pembiayaan projek-projek lain dan projek yang komited itu masih belum selesai bayarannya,” katanya.

Katanya, hasil rundingan terakhir baru-baru ini, telah mencapai kata sepakat bahawa semua baki yang tinggal akan diserahkan kepada kerajaan negeri setelah semua urusan berkaitan projek pembinaan fasa kedua Lapangan Terbang Sultan Mahmud selesai.
 -jheatweb

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.