`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 17, 2014

Tiada halangan bagi wanita

Tiada halangan bagi pemimpin wanita di peringkat mana pun untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama.
rodziahPETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Selangor, Rodziah Ismail berkata, kewibawaan kepimpinan dan kepolitikkan bukan terletak pada status jantinanya.
Beliau mengulas kenyataan seorang peguam yang menjadikan sebab kedatangan haid sebagai penghalang untuk seorang wanita menjadi pemimpin tertinggi di sebuah negeri adalah salah dan seksis.
“Itu menjadikan ia sebagai bahan sendaan seluruh dunia dan membentuk imej negatif terhadap negara Malaysia”, katanya lagi.
Jelasnya lagi, sememangnya tiada halangan bagi pemimpin wanita di peringkat mana pun untuk melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama.
Rodziah yang juga merupakan EXCO Negeri Selangor berkata, pemimpin khususnya ahli politik wanita yang berdaya saing di Malaysia mampu memimpin dan membawa negeri, negara dan rakyat ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang.
“Mereka boleh diletakkan di mana-mana posisi hatta di peringkat paling tinggi sekalipun dan boleh berjaya melaksanakan amanah dengan terbaik, bahkan lebih baik dari sesetengah lelaki.
Beliau turut memberi contoh 21 negara yang diketuai oleh kaum wanita yang dipilih oleh rakyat ataupun dilantik oleh parti.
“Telah terbukti kepimpinan yang diperakui kewibawaan mereka, seperti pemimpin wanita terdahulu: Sultanah Acheh, Margaret Thatcher, Evita, Julia Gilard, Indra Ghandi, Megawati dan lain-lainnya.
“Jerman, sebuah negara maju dan tersohor pentadbirannya diterajui oleh seorang wanita, Chancellor Angela Merkel.
Tambahnya, Jerman merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan “social market economy” yang meletakkan sebahagian besar belanjawan negaranya untuk mengutamakan pembangunan dan kehidupan sosial rakyat.
“Ia seiring dengan teori ekonomi Islam yang menekankan keseimbangan hubungan antara manusia dengan Tuhan, alam sekitar dan sesama manusia.
Terdahulu, penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun telah membuat kenyataan yang mencetuskan kontroversi bila mengaitkan wanita (Datuk Seri Wan Azizah Ismail) sebagai tidak sesuai menjadi menteri besar kerana wanita mengalami uzur syarie (haid).
“Wan Azizah tidak sesuai menjadi Menteri Besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan dalam acara keagamaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.