`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 21, 2014

Tiba masanya audit terbuka zakat

  
Kewajipan membayar zakat bagi yang berkemampuan sudah termaktub sebagai rukun Islam keempat. Zakat layak diterima oleh lapan golongan atau asnaf, seperti yang disyariatkan Islam.

Berdasarkan stastitik kaum Melayu yang menganut agama Islam masih mendominasi kemiskinan di negara kita berbanding kaum-kaum lain.

Lihat saja golongan gelandangan, golongan meminta sedekah terutama di kota raya, rata-ratanya kaum Melayu dan beragama Islam.

Persoalannya di manakah pengagihan wang zakat yang disalurkan kepada mereka yang selayaknya?

PMUM berpendirian sudah tiba masanya zakat perlu diauditkan. Antara sebab dan musababnya ialah:

(1) Kemiskinan Melayu

Rakyat Malaysia memberikan keyakinan mereka terhadap badan zakat untuk menguruskan duit kutipan zakat, namun begitu sering terpampang di dada-dada akhbar bahawa masih ramai golongan asnaf yang belum menerima hak mereka.

Hal ini terbukti daripada laman web kerajaan menyatakan golongan miskin tegar dari masyarakat Melayu paling tinggi iaitu 1.1 peratus berbanding masyarakat Cina dan India dengan 0.1 peratus dan 0.3 peratus.
Pada tahun 2012 sahaja, orang Melayu mendominasi tahap kemiskinan negara sebanyak 64.8 peratus dan selebihnya adalah kaum lain.

Ini menimbulkan persoalan di kalangan golongan Muslim terutamanya terhadap sejauh manakah ketelusan badan zakat dalam menguruskan pengagihan wang zakat.

Timbul juga pelbagai persoalan antaranya tentang kelayakan yang perlu ada pada badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini, berapakah jumlah wang zakat yang sepatutnya disalurkan?

Siapakah yang sepatutnya layak menerima wang zakat? Bagaimanakah proses golongan asnaf dalam menerima wang zakat tersebut?

Sesungguhnya Islam melarang penganutnya daripada melakukan amalan yang tidak bermoral kerana ini akan menjadi punca kepada penindasan rakyat miskin.

(2) Ketelusan

Dalam proses-proses yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab, perlu adanya dokumen-dokumen rasmi dan dokumen ini perlu disemak serta diuar-uarkan kepada masyarakat umum.

Proses ketulusan ini perlu dilaksanakan agar tidak timbul lagi persoalan di kalangan rakyat dan persepsi buruk kepada badan zakat.

Proses ini juga melambangkan ketelusan pihak yang bertanggungjawab menguruskan urusan zakat ini.

Secara izharnya, PMUM mencadangkan, kutipan wang zakat di negara kita perlu diaudit oleh pihak berintegriti, sebagai contoh Jabatan Audit Negara, dengan mewujudkan jawatankuasa baru dalam menguruskan hal ehwal zakat.

Solusi yang diberikan oleh pihak PMUM ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya orang islam sendiri, di samping memastikan ketulusan dan integriti dapat diwujudkan dalam organisasi yang menguruskan pungutan.


FAHMI ZAINOL presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.