`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 26, 2014

Ulang tahun kemerdekaan Sarawak disambut meriah

Kerajaan masih belum ada cadangan mengisytiharkan 22 Julai sebagai cuti umum.
SarawakKUCHING: Sambutan perayaan ulang tahun ke 51 Sarawak merdeka daripada empayar British disambut meriah walaupun tiada sambutan seluruh negeri yang dilakukan oleh kerajaan negeri pada Selasa lepas.
Sambutan ulang tahun ke-51 tahun Sarawak merdeka  dimulakan dengan “Sarawak Independent Walk” yang dianjurkan oleh Jawatankuasa 722 2014 pada 19 Julai dibawah Sarawak People’s Aspirations (SAPA) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut hadir memberi sokongan serta sekitar 100 orang turut hadir.
Pada 20 Julai pula, acara yang sama turut dilakukan di Miri dibawah Hornbill Talks, halaman Facebook, dan disokong oleh syarikat persendirian. Sekitar 100 lebih peserta mengambil bahagian.
Sementara itu, pada 22 Julai Persatuan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) juga mengadakan lakonan semula peristiwa bersejarah yang membawa Sarawak menjadi sebuah negara yang berdaulat dan membentuk kerajaan sendiri 51 tahun yang lalu.
Walaupun di sebalik kegemilangan dan majlis bagaimanapun, Presiden IGMS Anib Said bimbang kepentingan di sebalik peristiwa bersejarah yang telah disalahgunakan oleh orang luar untuk melanjutkan agenda politik mereka sendiri, ada yang termasuk pengembalian pemerintahan British dan Brooke.
“Kami tidak cuba untuk memaksa referendum ke atas Malaysia,” katanya kepada pemberita pagi ini.
Terdapat juga perarakan yang dilakukan pihak awam yang dikenali sebagai #PH227 sebuah gerakan awam yang mengadakan perarakan merdeka pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan mereka juga turut menuntut kerajaan negeri mengisytiharkan 22 Julai sebagai cuti umum.
100 peserta lebih dilaporkan turut hadir memberi sokongan.
Penduduk di Bintulu juga turut mengadakan perarakan awam yang dilakukan pada sebelah malam dan sekitar 100 lebih juga peserta memberi sokongan.
Pada 22 Julai 1963, Sarawak telah diberi kemerdekaan oleh pihak British
Menteri Pembangunan Tanah, James Jemut Masing berkata buat masa ini kerajaan masih belum ada cadangan mengisytiharkan 22 Julai sebagai cuti umum.
Kerajaan negeri turut meraikannya sebagai sebuah acara rasmi kerajaan dengan Majlis Memperingati 22 Julai & Penghargaan Sambutan Perayaan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia pada malam Isnin.
Pada 22 Julai 1963, Sarawak telah diberi kemerdekaan oleh pihak British sebelum membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.