`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 11, 2014

Zon antarabangsa kawal pemilikan asing di JB, kata MB Johor

Johor akan memperkenalkan zon antarabangsa di Johor Baru untuk kawal pemilikan warga asing, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Gambar fail.Johor akan memperkenalkan zon antarabangsa di Johor Baru untuk kawal pemilikan warga asing, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Gambar fail.Susulan kebimbangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenaikan harga rumah di Johor Baru, kerajaan negeri Johor akan memperkenalkan zon antarabangsa di bandaraya itu.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan adanya kawasan sedemikian pemilikan warga asing di negeri itu dapat dikawal dan dihadkan.
"Zon antarabangsa akan diperkenalkan supaya dapat mengehadkan dan kawal pemilikan warga asing di Johor Baru di luar zon dengan cukai yang tinggi," katanya dalam satu kiriman tweet malam tadi.
Beliau khuatir bakal berlaku insiden seperti Singapura apabila kebanjiran rakyat asing melebihi penduduk tempatan sehingga rakyat asal hilang suara mereka.
"Bangunan ini bukanlah rumah murah. Tentulah bahan yang diguna daripada marmar dan granit. Di tingkat atas yang mungkin 30 atau 40 tingkat tingginya, tentulah disedia flat mewah dengan sewa puluh ribuan ringgit sebulan.
"Mungkinkah yang akan isi pejabat mewah ini syarikat dari Majidee atau Gelang Patah? Dan penduduk terdiri daripada orang Melayu Johor Baru dan kampung-kampung sekitar. Dikhuatiri bukan," katanya dalam tulisan di blog, chedet.cc.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut mengalu-alukan transformasi di bandaraya Johor Baru sebagaimana pembangunan pesat di bandar lain.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pada pertengahan bulan lalu mencadangkan kerajaan negeri Johor mewujudkan agensi yang mengendalikan projek perumahan rakyat di bawah Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang diluluskan baru-baru ini, lapor Antara Pos.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusof Abd Rahman berkata, agensi tersebut bertanggungjawab terhadap rumah kos rendah, mampu milik dan mengatasi isu projek terbengkalai seperti peranan yang dimainkan Housing Development Board (HDB) di Singapura.
"Memang perlu diwujudkan satu badan yang dimiliki kerajaan bagi tujuan pembinaan rumah mampu milik dan kos rendah sebab bila ia dibuat oleh agensi kerajaan dan ia dilaksanakan sendiri seperti di Singapura.
"Kalau projek itu diwujudkan, lembaga atau satu badan memang membantu rakyat Johor untuk memiliki rumah itu sangat baik. Cuma daripada segi pelaksanaan itu biarlah berdasarkan kepada matlamat dan secara integriti dan telus," katanya kepada portal berita itu.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jun menitahkan kerajaan Johor mengadakan siri jelajah memberi penerangan kepada rakyat tentang enakmen LPHJ agar semua pihak memahaminya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebelum ini juga meluluskan Enakmen LPHJ yang memberi kuasa kepada Sultan atas nasihat menteri besar dalam pentadbiran negeri berhubung perumahan dan hartanah.
Rang Undang-Undang Enakmen tersebut pada mulanya mencetuskan kontroversi dan bantahan kerana penglibatan Sultan dalam pentadbiran, namun apabila dibentangkan, ia diluluskan dengan 10 pindaan.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.