`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 18, 2014

10 Tanda Anda Sedang Bekerja di Tempat Yang Berhantu

1. Mesyuarat yang agendanya untuk memutuskan bila mesyuarat seterusnya

Sepanjang aku dah kerja dari 2004, sampai la sekarang, mesyuarat yang aku rasa bermakna, adalah mesyuarat bila aku kerja sebagai animator dulu. Sebab kitorang tau, deadline singkat, jadi meeting pun straight to the point. Tak ada nak gaduh2, tak ada nak tunjuk kuasa, tak ada nak menegakkan benang yang basah kuyup.

Tapi bila aku bekerja di satu company ni dan aku dipromote jadi "leader" "manager" or whatever yang diorang lantik, aku mula menyedari, meeting2 yang aku sertai, adalah meeting2 yang agendanya adalah untuk decide, meeting selepas itu bila dan di mana?  Aku tak marah sangat kena sertai meeting, tapi bila masa menunggu meeting tu mula dah mengakibatkan aku terpaksa tinggalkan kerja2 yang bertangguh, aku give up.

2. Terlalu banyak politician cum manager

Kalau kau tengok apa yang terjadi dalam arena politik negara dan kau nampak benda tu seolah di-replicate balik dalam ofis kau, kau sedang dalam bahaya. Jadi selama ni aku sedaya upaya jadi invisible.

Tapi naluri manusia, dia takkan suka tengok kau senang, apatah lagi bila dia tau kau gaji lagi besar dari dia (ini sering berlaku) kau nak tak nak terlibat jugak dengan benda ni. Benda ni akan sangat obvious dalam sektor awam bila ada fresh grad baru habis degree masuk2 kerja gaji terus lagi tinggi dari orang2 senior yang dah bertahun kat Jabatan tersebut. Akan berlaku lah tikam belakang atau umpat mengumpat yang akan memaksa kau sama ada carik ally atau jadi lone ranger.

3. Orang atasan kau hanya tau bagi arahan

Siapa suka manager camtu? Tak ada orang suka. Kemudian apabila berlaku sesuatu yang menjadi konfrontasi, manager kau akan salahkan orang atas dia. Dan benda tu akan meleret2 ke atas sehingga sesuatu isu senyap dan hilang tanpa wujud sebarang konklusi atau tindakan. Aku rasa itu yang berlaku pada zaman pemerintahan Pak Lah dulu sehingga zaman Najib ni, gagasan Kerajaan memerlukan tranformasi.

Jika kau fikirkan, jika sesebuah kerajaan yang baru dilantik perlu melakukan transformasi dalam corak pentadbirannya, apa maksud sebenarnya? Itu adalah back handed slap yang menyatakan the previous management sangat lemah.

4. Isu wujud, kemudian di sapu bawah karpet

Aku dah nampak benda ni berlaku depan mata aku terlalu lama tapi dah nak buat camna, style management kat ex ofis aku aku. Tak ada kesinambungan langsung dari manager ke manager sebab tiap2 orang nak cop cara dia bekerja secara muktamad. Kau boleh nampak benda ni dalam sistem pendidikan negara kita, bila menteri2 pendidikan bertukar. Tiap2 orang nak tunjukkan idea dia the best sehingga mengakibatkan tak ada langsung pelaksanaan  satu fixed system yang sempurna.

Yang sakit adalah staff2 bawahan, golongan pelaksana.

5. Semua orang tak nak dipromoted

Honestly, aku akui, ex ofis aku adalah tempat di mana semua orang tak nak dapat promotion, melainkan kau betul2 gila kuasa atau kau terpaksa. Aku terpaksa. Oh, sori, aku dipaksa.

Apabila kau berada dalam environment office sedemikian, setiap hari kau akan fikir, "apa hala tuju aku sebenarnya ni? Takkanlah aku nak duduk sini tunggu gaji dan increment aje?" It will create a venomous environment yang membuatkan majoriti staff takut nak perform (sebab takut dapat promotion) dan yang naik jadi manager, adalah mereka2 yang nak rasa macam mana ada kuasa. Dan ini, adalah sesuatu yang sangat buruk dalam sesebuah pejabat kerana productivity takkan berkembang.

6. Semua yang dapat promotion, step down atau resign tak lama selepas promotion

Jika kau nampak benda ni berlaku dalam office kau, ketahuilah, ada something wrong mengenai syarikat di mana kau kerja.

7. Management yang selalu bertukar2 struktur dan orangnya

Dan apabila point nombor 6 berlaku, tiap2 tahun akan berlaku perubahan organisasi yang akan masa untuk settle down. Berapa cepat sesuatu organisasi tu boleh implement dengan betul? Pada aku, 3 bulan, paling lama, 6 bulan. Jika selepas 6 bulan dan organisasi tu nampak goyang dan perlu di-restructure balik, organisasi tu akan mula balik dari starting point.

A limbo.

Bila sesebuah environment tu dah tak sempat settle down dalam beberapa cycle re-structuring, falling out dan mismanagement akan berlaku. Percayalah cakap aku. Jika kau dah perasan benda ni berpusing2, it is time to get out of the sinking ship.

8. ....Tapi kau percaya kau boleh ubah structure tu sebab kau "The Chosen One"

Semua orang percaya dia The Chosen One dalam office dia. SEMUA ORANG. Semua orang nampak benda yang tak elok dalam office dia dan percaya yang jika dia dapat peluang, dia boleh betulkan benda2 tu. Semua orang nak basmi rasuah, tapi kenapa sampai sekarang gejala rasuah masih lagi berlaku?

Pada aku, sebab kadang2, kita ni berazam nak ubah sistem, tapi the system itself doesn't want to change. Jika rasuah make things work, it will work. Jika menipu pelanggan membawa keuntungan, kau melalak lah camna pun kau takkan boleh buat apa2.

9. Sebab semua itu bisnes.

Dan business hanya memandang profit. Tak banyak business kat Malaysia ni yang jaga halal haram dia. Apa yang aku nampak, as long as the business is going and the profit is coming, halal haram belakang kira. Especially syarikat2 besar.

Kita sebagai staff bawahan akan pandang kredibiliti kita, pegangan kita dan apa yang salah betul. Orang atasan kau bukan kira. Macam syarikat yang buat gores dan menang yang pasti menang, yang tolong jualnya siapa? Orang Melayu. Jika orang Melayu tu sendiri dapat pegang pegangan dia lagi kuat, siapa yang nak tolong laksana scam2 tu?

10. Tukang Komplen Bertransformasi Jadi Orang Yang Di-Komplennya

Kau pernah tak ada sorang dua officemate yang kerjanya hari2 adalah komplen pasal manager tapi kemudiannya bila dia naik jadi manager, dia sendiri buat benda yang sama macam apa yang dia duk komplen tu?

Pelik kan benda tu? Aku tak tau la apa ubat benda tu. Kau boleh nampak benda ni dalam kebanyakan organisasi. Kerajaan, swasta, awam, jabatan kecik, pejabat besar, multinasional dan bermacam lagilah.

Kau tau apa maksudnya ini? Office kau is a dead end.
Jika kau nak ada karier, di situ bukan tempatnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.