`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 3, 2014

14 tahun tunggu rumah siap

  • Suzana menunjukkan surat perjanjian dengan pihak peguam berhubung urusan pembelian kediamannya.Suzana menunjukkan surat perjanjian dengan pihak peguam berhubung urusan pembelian kediamannya.
 1 / 1 
KULAIJAYA – Bukan sahaja terpaksa menanti lebih 14 tahun sepasang suami isteri terpaksa menanggung hutang bank sedangkan rumah dibelinya masih gagal disiapkan pemaju sehingga kini.

Suri Rumah, Suzana Sulaiman, 38 berkata, dia membeli kediaman jenis rumah kedai itu dengan harga RM50,000 dan bayaran secara ansuran dengan sebuah bank selama 30 tahun.

Menurutnya, kediaman berkenaan yang di bina berhampiran Jalan Kulai- Kota Tinggi itu sepatutnya siap dalam jangka masa dua tahun dan pembeli dijadualkan memperoleh kunci kediaman masing-masing pada awal 2002.

“Saya dan suami (Mohd Shakawi Mat Isa) begitu teruja kerana hasil simpanan kami bekerja dapat membeli rumah sendiri dan tidak perlu lagi menyewa.

“Mengikut perjanjian pinjaman perumahan dengan sebuah bank kami perlu menjelaskan bayaran bulanan sebanyak RM330 selama 30 tahun.

“Apabila sampai masa dijanjikan rumah kami masih gagal disiapkan dan kini pembinaannya tidak sampai 50 peratus,” katanya.

Suzana mengakui akibat terlalu kecewa dengan kegagalan pemaju, mereka menghentikan pembayaran bulanan kepada pihak bank.

Mereka berpendapat telah dianiaya pemaju apabila terpaksa menanggung hutang puluhan ribu ringgit sedangkan rumah  dibeli tidak juga siap.

“Apabila menerima surat daripada bank, kami hanya abaikan selepas pembayaran tertunggak, nama suami telah disenarai hitam.

“Dalam situasi ini, adalah tidak adil kepada pembeli kerana perlu menanggung hutang  dengan jumlah yang besar, terpaksa membayar ansuran bulanan tetapi rumah tidak juga siap sedangkan pemaju terus menghilangkan diri,” katanya.

Kata Suzana, sehingga kini mereka sekeluarga terpaksa menyewa kediaman lain namun dalam masa yang sama perlu membayar ansuran pinjaman rumah kepada pihak bank.

“Disebabkan terlalu kecewa saya dan suami tekad tidak membayar ansuran dengan pihak bank namun selepas suami disenarai hitam kami terpaksa menggunakan semua wang simpanan untuk ‘membersihkan’ rekod suami.

“Kami tiada pilihan, jika suami disenarai hitam ia akan lebih menyukarkannya membuat urusan dengan pihak bank,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shakawi berkata, berdasarkan rujukan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) perumahan membabitkan unit dibelinya itu dikategorikan sebagai ‘projek sakit’

“Saya telah bertemu dengan pihak bank untuk mendapatkan kelonggaran bayaran, namun pihak bank hanya bersetuju merendahkan kadar interest pinjaman.

“Tetapi saya masih perlu melangsaikan hutang sehingga habis disebabkan pihak bank telah menyerahkan kesemua pinjaman saya kepada pemaju,” katanya. -SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.