`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 7, 2014

ADUN UMNO/BN DARI KELANTAN MENJALANI RAWATAN DILUAR NEGARA AKIBAT PENYAKIT KRONIK



Seorang wakil rakyat Umno dikatakan menjalani rawatan di luar negara akibat menghidapi penyakit kronik, kata sumber Umno.

Katanya, penyakit yang dihadapi Adun Pengkalan Kubur YB Datuk Noor Zahidi Hj Omar itu agak serius dan sudah beberapa berulang alik ke luar negara bagi mendapat rawatan.

Difahamkan juga pada Ramadan lalu seorang Naib Presiden Umno datang menziarahi Adun terbabit, yang juga merupakan pemimpin kanan Umno di Kelantan.

Malah Adun terbabit juga difahamkan lebih banyak berehat di rumahnya di Kuala Lumpur.

Laman sosial facebook miliknya juga tidak lagi aktif dan tiada aktiviti baru dipaparkan.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 dan 25 Jun lalu, Adun berkenaan tidak hadir. Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob mengumumkan pada pembukaan persidangan itu Adun terbabit memohon cuti. -

Mohon doakan agar penyakit yang dihidapinya jika kisah ini benar, cepat sembuh agar beliau dapat menyumbang bakti kepada rakyat Pengakalan Kubur, Tumpat, Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.