`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 11, 2014

BERANG TIDAK DIBERIKAN MAKANAN, SEORANG PEKERJA MEDAN SELERA KENA SIMBAH DENGAN MINYAK PANAS OLEH SEORANG KUTU RAYAU.



Berang tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, di sini, menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.

Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.

Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.

Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.