`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 16, 2014

Berapa rumah mampu milik BN bina untuk tunai Akujanji PRU13?

SEBELUM Pilihanraya ke 13 yang lalu BN (sebut Barang Naik) telah menawarkan manifesto yang diperkuatkan dengan sebutan Akujanji BN untuk membina sejuta rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh 5 tahun.

Berikut laporan berita berhubung Akujanji tersebut yang dilaporkan dalam portal Sinar Harian‎.


Setahun ada 365 hari, 5 tahun ada 1825 hari (5 X 365 hari). Ini bermakna secara purata atau secara kasarnya BN perlu membina sebanyak 548 buah rumah sehari (1,000,000 buah rumah ÷ 1825 hari‎) jika ia benar-benar mahu melaksanakan janji yang ditawarkan.

Pilihanraya Umum ke 13 berlangsung pada 5 Mei 2013. Hari ini, 16 Ogos 2014. Bermakna sudah lebih setahun Akujanji BN untuk membina sejuta rumah mampu milik ditabur‎.

Anggaplah secara kasar setahun sudah berlalu, sekurang-kurangnya BN sudah membina ‎200, 020 buah rumah (365 hari X 548 buah rumah/hari).

Persoalannya sudah berapa biji rumah mampu milik dibina oleh kerajaan minoriti 47% Barang Naik?

Jangan mimpilah anda nak merasa beli rumah mampu milik, itu temberang depan mata, temberang depan batang hidung.

Manifesto tak masuk akal.


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/08/berapa-rumah-mampu-milik-bn-bina-untuk.html#ixzz3AXRKcuQp

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.