`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 8, 2014

Berpesta Ria JPJ Sekarang Dengan Kereta-Kereta Peronda Mewah Mereka



Adakah kenderaan-kenderaan 'baru' JPJ itu sememangnya kenderaan-kenderaan baru atau ianya hanya dicat baru? Berapakah sebut harga yang telah diterima? Siapakah pembida yang berjaya dan berapakah unit penghantaran serta jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan UMNGOK kepada pembekal? Syarikat manakah yang berjaya dan apakah hubungan pemilik syarikat tersebut dengan UMNGOK?

Yang pasti, di bawah pentadbiran UMNGOK, tiada keperluan mengecat baru sebaliknya yang dibuat ialah menukar keseluruhan kenderaan kepada kenderaan baru dengan sebut harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Alasan yang akan diberikan nanti ialah, kenderaan-kenderaan untuk kegunaan agensi kerajaan mempunyai spefikasi yang berlainan berbanding kenderaan awam, walaupun sebenarnya kenderaan-kenderaan agensi itu hanya dibawa melaram.



Dari pemerhatian, kebanyakan kerja-kerja penguatkuasaan di jalanraya mahupun di lebuhraya, lebih banyak dibuat oleh PDRM. JPJ sekadar merambu ke sana ke mari dan sesekali buat operasi sekatan bersama-sama PDRM, Jabatan Alam Sekitar, AADK dan kadang-kadang bersama Jabatan Imigresen. Selebihnya, JPJ ibarat APMM dalam penguatkuasaan undang-undang di perairan negara.

Bajet besar yang diberikan kepada JPJ, seharusnya dikurangkan kerana bebanan kerja mereka tidaklah seberapa kalau dibandingkan dengan PDRM. Lebih baik sekiranya bajet besar kepada JPJ itu dipindahkan kepada PDRM yang kebanyakan kereta-kereta peronda PDRM, lebih layak dibuat sarang ayam daripada menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang.

Malah lebih baik lagi kalau setiap kereta peronda PDRM dilengkapi dengan kamera di mana semua prosedur saman, perlu dibuat di hadapan kamera tersebut yang merakamkan setiap aksi anggota-anggota peronda bagi mengelakkan berlakunya amalan rasuah runcit.



Itu belum lagi melibatkan polis marin yang menjalankan penguatkuasaan di perairan negara.

Sekarang ini, banyak sangat rungutan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan PDRM terutama sekali dalam pembanterasan jenayah. Tidak dapat tidak, antara punca utama kegagalan PDRM ialah peralatan yang digunakan sudah terlalu usang, manakala bajet besar pula diberikan kepada agensi-agensi yang suka merambu-ramba seperti JPJ.

Kalau setakat nak menayang kereta-kereta baru tetapi mutu kerja pula sekadar hanya pandai mengeluarkan saman dan mengutip duit saman, lebih baik rentikan ler!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.