`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 19, 2014

" Darul Babi Kepala Hotak Kamu. UMNO Darul Casino, Darul Rasuah, Darul Arak Tak Pula Melenting "



Aku cukup geram dengan dia nih, semakin terserlah totok UMNO nya. Benda yang belum laksana lagi pun, tambah dalam keadaan sekarang ini Khalid pun nak pergi dah, entah jadi ke tidak projek babi nih belum pasti lagi, tapi kes babi ini yang si Riduan Tee nih nampak.

Benda dalam UMNO yang dah bertahun-tahun jadi darang daging langsung tidak diambil kira. Arak, casino, judi berleluasa, rasuah yang semakin meruncing. Inilah orang kata buta hati, gelap hitam dek kerana nampak habuan dunia.




Penceramah agama dan kolumnis kontroversi Ridhuan Tee mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi RM100 juta.


Tindakan Khalid yang masih belum melaksanakan projek bersepadu itu menjadi faktor utama kemarahan daripada pihak yang digelarnya “ultra kiasu”, tulisnya di Sinar Harian.

“Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.


“Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam,” katanya.


Dalam tulisan itu, Ridhuan juga mengingatkan pembacanya dengan virus nipah (JE) yang pernah mengorbankan nyawa manusia di negara ini. Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam, tulisnya lagi.



Mengulas krisis pentadbiran semasa Selangor, Ridhuan juga berkata, beliau bersetuju dengan hujah Khalid bahawa kerajaan negeri boleh terus ditadbir walaupun hanya dengan empat exco PAS.



Malah, katanya, kerajaan Selangor boleh berjimat dengan pengurangan exco itu. Sudah tentu beban PAS bertambah. Baru buat kerja namanya, tulisnya lagi.



Beliau juga percaya PAS selepas pilihan raya umum lalu bersetuju anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR menjadi menteri besar Selangor dahulu disebabkan Khalid menjadi pilihan.



“Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan Umno lagi,” kata Ridhuan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.